Showing posts with label RaMaDhAn=). Show all posts
Showing posts with label RaMaDhAn=). Show all posts

Wednesday, 14 August 2013

Syawal 1434h Di Perantauan | Alexandria Egypt


...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, sudah 7 hari menyambut lebaran. Lebaran di perantauan & lebaran dalam debaran(sebab masih menanti natijah, tengah sedap² menaip tiba² dapat panggilan natijah tahun 2 & 3 dah keluar!).

Hari ni 7 Syawal 1434h telah digemparkan dengan keadaan Mesir yang kembali kritikal. Seawal jam 7 pagi berpuluh penyokong Mursi telah syahid, dan mengikut update terkini hampir beratus² angka para syuhada. HasbunaAllah wa ni'mal wakeel ni'mal mawla wa ni'man naseer. Moga Mesir kembali aman.

Untuk update terkini tentang isu Mesir boleh ke sini :
1.Al-Fadhil Ustaz Abdul Malik
2.Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Memandangkan hari ni sudah dapat arahan agar tidak melakukan sebarang aktiviti di luar rumah, maka dapat la luangkan masa untuk update entry dan kebetulan tak ada jemputan open house hari ni setelah 6 hari berturut² saya & kawan² bergumbira menghadiri open house! Makan, makan & makan!

Sehari sebelum Syawal saya & housemate merewang menyediakan juadah untuk berbuka merangkap juga juadah di pagi Syawal nanti.

Pagi Syawal jiran rumah sebelah dah ajak bertandang ke rumah mereka. Kami makan dulu sebelum pergi solat sunat Eidul Fitri di Markaz DPMI.

Ok lah, layan la gambar random kami anak² perantau. Gembira jugak beraya dengan kawan² tapi tetap rindu keluarga di kampung halaman!


Petang sehari sebelum raya, sambil menyiapkan juadah kami pon operasi conteng² dinding! Guna steaker je. Nak cari mood raya diperantauan kononnya.

Mengikut kiraan, tahun 2008, 2010 & 2011 sambut lebaran di Malaysia. Tahun lepas sambut lebaran di Makkah. Tahun ni sambut di Alexandria. Ala kulli hal Alhamdulillah. Dan sebenarnye, baru 1st time sambut raya dgn Tuah, sebelum ni die kena tinggal je =.=' Ok, tahun depan & seterusnya kita sama2 sambut lebaran di Tanah Air ye Tuah & Teja, insyaAllah.
 
Menu pilihan kami, hasil air tangan saya satay goreng & ayam masak merah. Air tangan Cik Amie kuah lodeh & sambal kacang! Nasi impit Nona juga jangan dilupa :P

Ni juadah di rumah jiran kami. Ada rendang daging & ketupat palas segera!

Open house pertama yang kami serbuuu! Open house di bangunan MARA Iskandariah. Sataaaaay!

Anak² Johor di Alexandria menyambut lebaran di perantauan. Alhamdulillah.

Gambar 1st tu di rumah sewa saya,  jemput kawan² datang beraya makan² apa yang ada sambil gosip² isu semasa..hahaa!


Sepanjang 6 Syawal, lebih kurang 14 buah rumah terbuka kami serbu! ada rumah repeat 2x, ada jugak pergi rumah terbuka tapi rupanya tertunda maka open table di Al-Baik je.. hahaa.. Alhamdulillah.. 

Rumah kami? kawan² rapat je yang datang, almaklumlah rumah dipuncak alam tingkat 7 orang fikir berkali² nak mendaki..huhuuu! InsyaAllah, jika berkesempatan kami buat rumah terbuka bergabung dengan jiran².

Ok, tu je lah cerita raya

p/s: InsyaAllah hari ahad bakal ditampal natijah tahun 4. Moga najah sufi kesemuanya, amiin ya rabb..


NaNa=^.^=

Friday, 2 August 2013

Malam² terakhir Ramadhan di perantauan

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥



Alhamdulillah, sudah sampai ke 10 malam terakhir Ramadhan. Sekejap je rasanya, Ramadhan bakal meninggalkan kita lagi. Moga berkesempatan untuk bertemu Ramadhan di tahun akan datang, Ameen Ya Rabb..

Bila Ramadhan semakin sampai ke penguhujungnya, maka masing² sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari Lebaran. Tradisi orang Melayu tentulah lebih meriah! Kalau boleh 30 syawal nak disambut sepenuhnya. Apa pun disamping membuat persiapan untuk menyambut Lebaran jangan lepaskan peluang dimalam² terakhir Ramadhan ini untuk kita sama² memburu laylatul qadar! InsyaAllah.

Ok, semalam sempat telefon Mak dikampung selepas dapat berita Bapak admitted di Hospital tapi Alhamdulillah, Mak kata tak ada yang serius cuma Bapak penat dan Doc nasihatkan Bapak berehat di Hospital. Moga Allah memberi kesembuhan yang segera buat Bapak.

Berborak dengan Mak, nampak gaya raya tahun ni meriah sebab giliran abang² & kakak² pulang berhari raya di kampung tahun ni, cuma.... anak dara dia seorang ni je la beraya diperantauan.

Nana tahu Mak, Bapak & semua rindu, Nana lagi lah rinduuuuuuuuuuu T.T InsyaAllah ini last beraya jauh dinegara orang!

Sebelum cerita bertambah sayu, terus ubah topik..hahahaa..

Sebenarnya nak mencari mood untuk membuat persiapan raya diperantauan ni. Walaupun tahu kawan² ramai yang pulang beraya di Tanah Air, tapi untuk memeriahkan suasana kena la buat persiapan jugak. Alhamdulillah, semalam dah mula membaking biskut raya! Biskut 'Afiah. Haa, tak pernah dengar kan nama biskut ni? haha... Ok, nantikan resipi² biskut raye perantau ye :P

p/s: Tak sabar nak terbang pulang for good tahun ni! Rabbi Yassir Wala Tu'assir!

NaNa=^.^=

Saturday, 20 July 2013

Ramadhan Di Perantauan 1434H

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, selamat kembali kepada diri sendiri! Lama tak jengah blog sendiri apetah lagi jalan² ke blog orang lain =.='

10/07/2013 - Pertama Ramadhan dan Alhamdulillah, hari ini sudah 11 hari seluruh umat Islam berpuasa.

Ramadhan Kareem, Allahu Akram! Kullu sanah wa entum toyyibin.

Tahun ni berpuasa & berhari raya di perantauan lagi, nampak gaya 2 tahun berturut² lah  menyambut ramadhan & syawal jauh dari keluarga tercenta. Tahun lepas walau jauh dari keluarga tapi Ramadhan & Syawal yang amaaaat bermakna kerana telah dijemput untuk menjadi tetamuNya. Alhamdulillah, tahun ni perlu tingkatkan lagi sabar, sabar & sabar untuk beraya di perantauan lagi.

Alhamdulillah, walaupon keadaan Mesir yang tidak menentu sekarang tapi kami dapat berpuasa & menjalankan aktiviti seharian dengan baik.

14/07/2013 - Alhamdulillah, sudah seminggu juga Bapak telah menjadi tetamu Allah di Haramain. Walaupon Bapak pergi sendirian tanpa Mak(sebab Mak kurang sihat) tapi Alhamdulillah terubat juga rindu Bapak untuk bertamu ke Tanah Suci. Semoga Bapak mendapat umrah yang maqbul & mabrur! Ameen Ya Rabb. Mudah²an ada rezeki tahun depan kita sekeluarga dapat ke Tanah Suci bersama², InsyaAllah.

18/07/2013 - Selamat Ulang Tahun  yang ke-4 kepada si budak ber TUAH! Semoga Tuah terus sehat, bolat, emsem & menjadi kucing yang baik! InsyaAllah, tahun ni TuahTeja balik Malaysia ngan kite sama², Ameen Ya Rabb..

Kebetulan birthday Tuah sama dengan birthday kawan, maka plan baeek punye dengan osmet untuk buat majlis ifthar &  menyambut Ulang Tahun Kelahiran mereka. 

Menu pilihan saya NASI AYAM PANGGANG BERMADU & KEK RAINBOW! Ok, nantikan resepi yang bakal di update~ Cik Amie pulak dengan menu PAU KELAPA & DADIH JAGUNG. Alhamdulillah, tetamu² juga bawak ole² Kuih Keria & Mee Goreng. Alhamdulillah! 


p/s: Alhamdulillah, meriah Ramadhan diperantauan tapi rindu kepada Keluarga tetap tak terlawan!

NaNa=^.^=

Tuesday, 11 September 2012

Terindah~ Ramadhan & Syawal 1433

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, dengan izinNya saya kembali semula setelah hampir 4 minggu blog ini dibiarkan bercuti tanpa gaji. heh!

Ramadhan telah berlalu, Syawal juga bakal meninggalkan kita. Mudah²an bertemu lagi di Ramadhan tahun hadapan. Macam² kisah suka & duka sepanjang 4 minggu ini. 'Ala kulli hal, Alhamdulillah.

Alhamdulillah, Akhir ramadhan & awal syawal yang lalu saya telah terpilih oleh-Nya untuk menjadi 'Tetamu Allah'. Alhamdulillah, bertamu di Baitullah selama 11 hari & ziarah Kekasih-Nya selama 4 hari. Perjalanan & segala urusan dipermudahkan. Terima Kasih Ya Rabb!

Walau suhu yang agak panas disana & ditambah pada bulan ramadhan tapi Alhamdulillah, walau penat & demam, Allah masih memberi kekuatan kepada saya & sahabat yang lain untuk melaksanakan rukun umrah seluruhnya, moga maqbul & mabrur. Demam bergilir², moga menjadi penghapus dosa kami.

Rindu.. Rinduu.. Rinduuu.. untuk bertamu lagi.

Makkah Al-Mukarramah...
Baitullah Al-Haram yang menenangkan,
Kaabah didepan mata yang tak jemu dipandang,
Air zam-zam yang tidak pernah akan puas untuk diminum,

Madinah Al-Munawwarah...
Masjid Nabawi, disitulah maqam sebaik-baik jasad,
Raudhah sebahagian taman² syurga idaman,
Ya Rasulullah, moga ini bukan yang terakhir,
Moga terpilih lagi oleh-Nya untuk bertamu ke Haramain Syarifain.

Buat diri sendiri, adik beradik, saudara mara & teman², jom sama² kita tanam niat untuk ke Tanah Suci kerana Allah!

Jangan takut & risau untuk ke Tanah Suci. Mungkin ada yang takut dek kerana cerita dari pengalaman² mereka yang diuji dengan bermacam² hal ketika di Tanah Haram. Apa yang penting, kita perlu buat persediaan dari sekarang. Bertaubat bukan apabila kita berada di Makkah tapi mulakan taubat kita mulai dari hari ini. InsyaAllah, Allah Maha Penerima Taubat & Maha Pengampun. Mohonlah taubat sebenar-benar taubat(taubat nasuha) & mohon kepada Allah agar ditutup segala keaiban kita tidak kira dimana jua. InsyaAllah, mudah²an Allah permudahkan segalanya.

Saat di Tanah Haram, fokus kepada ibadah & banyakkan berdoa. Jangan segan silu untuk mengalirkan air mata. Menangislah sepuas²nya tanda kita seorang HAMBA!

InsyaAllah, moga dilimpahkan rezeki yang barakah, diberi kesihatan yang baik, diberi kelapangan waktu & terpilih untuk mejadi tetamu Allah lagi, Ameen Ya Rabb ♥

Boleh klik link di bawah untuk melihat gambar² yang sempat dirakam sepanjang saya berada di Haramain. Bukan tujuan untuk menunjuk², pandanglah dari sudut positif. Mudah-mudahan gambar² ini dapat memberi dorongan kepada kita untuk menjadi Tetamu Allah. InsyaAllah, biiznillah.

p/s: Natijah imtihan yang membuatkan ku perlu berada di Alexandria lagi~ InsyaAllah, pasti ada hikmah menanti :) Alhamdulillah.

NaNa=^.^=


Tuesday, 7 August 2012

Tetamu Allah ♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


"Aku datang Ya Allah memenuhi panggilan-Mu, Aku datang Ya Allah, Aku datang.
Tidak ada sekutu bagi-Mu, aku datang.
Sesungguhnya segala puji dan kesenangan hanyalah untuk-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu."
Diriwayatkan hadith dari Ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Pada suatu waktu ketika Nabi (s.a.w) selesai menunaikan haji, beliau bersabda kepada Ummu Sinan al-Ansariah: ‘Apakah yang menghalang engkau menunaikan haji?’ Jawab Ummu Sinan: ‘Bapa si fulan.’ (Maksudnya: merujuk kepada suaminya). Dia hanya mempunyai dua ekor unta. Yang seekor digunakan untuk menunaikan haji (sebagai kenderaan) baginya dan yang lainnya untuk menyiram kebun kami.’ Maka sabda Nabi (s.a.w): ‘Umrata fi ramadhana taqdi hajjatan ma’iya.' [Yg bermaksud: Umrah di bulan Ramadhan sama nilainya dengan menunaikan ibadah haji bersama-samaku.] [Hadith Bukhari, Kitab Haji]. 

Mohon maaf teman² sepanjang sependek perkenalan, tidak kira di dunia nyata atau di alam maya. Mohon seribu kemaafan andai ada kesilapan yang sengaja mahupun yang tidak sengaja terhadap kalian. Mohon juga doa tulus daripada kalian agar perjalanan & semua urusan sy & sahabat² dipermudahkan.

InsyaAllah, panjang umur berjumpa kembali :) Salam Eid Mubarak ♥ Kullu 'am wa antum bikhair~

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

p/s: Rabbi yassir wala tu'assir wa tammim bil khair~  Ziarah & Tarbiah nafsi :)
NaNa=^.^=

Saturday, 28 July 2012

Ihya' Ramadhan & #Muhasabah

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, hampir seminggu menjalani ibadah puasa.


Bersempena dengan Ramadhan yang mulia ini bermacam² aktiviti untuk menghidupkan Ramadhan atau dalam istilah bahasa arab "Ihya' Ramadhan" diadakan bagi pelajar² di Mesir yang tidak pulang bercuti ke Malaysia. Mungkin di tempat kalian juga begitu, kuliah agama, bacaan kitab, tadarus Al-Quran, solat tarawih dan sebagainya.

Memandangkan sekarang kuliah sedang bercuti, maka tiada alasan untuk kata tidak pergi! InsyaAllah. Berfikir kembali, ilmu yang tidak seberapa ini memang wajib untuk mengikuti kelas² di luar kuliah juga. Semakin belajar semakin jahil rasanya, sedar kembali banyak ilmu yang tidak tahu & banyak perkara yang tak ambil cakna. Allahu Rabbi!

Baru selesai membaca entry terbaru Dr Cinta, "Menjadi Ustazah". Sangat setuju dengan entry itu. Buat diri sendiri yang bakal bergelar 'Ustazah' InsyaAllah, gelaran itu membuatkan saya merasa tidak layak untuk menerimanya. Ilmu didada tidak seberapa tapi gelaran itu bakal membuatkan seolah-olah 'Ustazah' itu paling sempurna. Itulah pemikiran manusia yang menyangka 'Ustazah' itu manusia luar biasa tapi hakikatnya sama seperti mereka. 'Ustazah' juga adalah hamba Allah yang punya kekurangan & kelemahan.

Bila berada di tahun akhir, mula la terima soalan bertubi². Selain soalan bila nak kawen, lebih ramai yang bertanya balik Malaysia nanti nak jadi apa? kerja apa? bla bla bla... Biasa jawab macam ni je, "InsyaAllah, rezeki dari Allah, terima je apa yang rasa sesuai nanti." Heh! jawapan nak melepaskan diri je tu.

Kadang² merasa, entah apa yang bakal aku sampaikan kepada masyarakat di tanah air nanti? Mampukah aku untuk berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini? Risau.

Tapi, fikir kembali. Allah ada membantu & sentiasa bersama. Emak Bapak & keluarga sentiasa menyokong. Emak pernah pesan, "Awak balik nanti, awak yang jadi contoh bukan awak yang ikut rentak mereka² kat Malaysia ni."  Setiap kali nak imtihan Emak pasti tak lupa pesan, "Awak niat belajar & insyaAllah nanti pulang mengajar pula ilmu yang awak dapat kat sana, semua kerana Allah" Allahu Rabbi.

InsyaAllah, moga Allah permudahkan segala niat yang ada di dalam hati ini, Ameen Ya Rabb :)

Qalbi, hanya Tuhan yang tahu.....

p/s: Debaran menanti natijah. Ya Allah, najahakanlah aku & sahabat²ku, jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa redha dengan ketentuanMu, ameen Ya Rabb :)

NaNa=^.^=

Friday, 20 July 2012

1 Ramadhan 1433H di perantauan

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Alhamdulillah, hari pertama Ramadhan di perantauan tapi bukan pertama kali berpuasa di kejauhan. Sedia maklum Mesir berpuasa cepat sehari berbanding Malaysia, tapi kompem Malaysia raye dulu :P

Sempat menghubungi keluarga di Malaysia untuk mengucap salam ramadhan pada mereka. Gembira dengar suara Mak yang sangat ceria! Alhamdulillah, adik beradik yang lain pulang ke kampung untuk menyambut ramadhan bersama, patut Mak hepi semacam je, hehee! Rindu.

Macam-macam tazkirah Ramadhan dari Mak, ini antara yang terlekat :)
 1. Kehidupan ni yang penting sabar & banyakkan berdoa kepada Allah.
 2. Tak perlu pandang silap orang lain tapi pandang diri sendiri dulu, awak tu macam la betul sangat. heh! Mak saya tak bakup anak2.
 3. Hati kena sentiasa jaga, kalau rasa perkataan yang keluar dari mulut bakal menyakitkan, lebih baik awak diam & istighfar.
 4. Andai awak tak mampu nak tegur kesilapan orang, cukup la berdoa agar Allah memperbetulkan dia, selemah-lemah iman.
 5. Selalu bersangka baik dengan Allah & selalu rasa rendah diri jangan sombong, riak & berlagak.   
Sebelum tamatkan perbualan sempat ajar Mak ayat yang pemes bila tiba waktu bulan Ramadhan. "Ramadhan Kareem(Ramadhan yang mulia) Mak, mak kena balas, Allahu Akram(Allah Maha Mulia)". Puas Mak dok ulang nak hafal, hehee!

InsyaAllah, saya akan kurangkan aktiviti di Alam Maya terutamanya di facebook. Maka ber'puasa'lah facebook saya selama sebulan mungkin lebih. Saya tak akan deativatekan acc facebook saya kerana mungkin akan datang menjengah untuk mengetahui update2 tertentu sahaja. InsyaAllah, manakala di ruang blog, twitter, instagram, tumblr saya akan update bila punya masa. Ada sebab dan musabab megambil langkah sedemikian :)

Bersempena juga dengan ramadhan yang mulia ini saya mengambil peluang untuk memohon maaf segala salah & silap dari semua, minta maaf bukan hari raya je.

p/s: Ramadhan kali ini, moga Allah kuatkan diri & hati ini & permudahkan jalannya :)


NaNa=^.^=

Tuesday, 10 August 2010

أهلا وسهلا ومرحبا يا رمضان المبارك


ALLAHUMMA BALLIGHNA RAMADHAN....

"Selamat menjalani ibadah puasa buat seluruh muslimin & muslimat...."

Mudah2an kita sama2 dapat menyempurnakan RAMADHAN kali ini dengan lebih baik...amiin..

Sekadar berkongsi :


Kewajipan berpuasa dalam Al Qur’an

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa" [Al Baqarah:183]

Keutamaan berpuasa:

"Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya" [Bukhari-Muslim]

"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun" [Bukhari-Muslim]

Keutamaan bulan Ramadan

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1793
Wajib berpuasa Ramadan jika melihat hilal awal Ramadan dan berhenti puasa jika melihat hilal awal Syawal. Jika tertutup awan, maka hitunglah 30 hari
Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
Dari Nabi saw. bahwa beliau menyebut-nyebut tentang bulan Ramadan sambil mengangkat kedua tangannya dan bersabda: Janganlah engkau memulai puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Ramadan dan janganlah berhenti puasa sebelum engkau melihat hilal awal bulan Syawal. Apabila tertutup awan, maka hitunglah (30 hari)
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1795

Larangan berpuasa satu atau dua hari sebelum bulan

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Janganlah engkau berpuasa satu atau dua hari sebelum Ramadan, kecuali bagi seorang yang biasa berpuasa, maka baginya silakan berpuasa
Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1812


Dilarang puasa pada hari raya:

"Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu, iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka dari bulan Ramadan (Aidilfitri)" [Bukhari-Muslim]


Bersahur (makan sebelum Subuh) itu sunnah Nabi:
"Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur karena dalam bersahur itu ada keberkatannya" [Bukhari-Muslim]


Berbuka di waktu maghrib:
"Diriwayatkan daripada Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Apabila datang malam, berlalulah siang dan tenggelamlah matahari. Orang yang berpuasa pun bolehlah berbuka" [Bukhari-Muslim]
Ketika kita berpuasa, kita dilarang berkata kotor, mencaci, atau berkelahi. Hal ini untuk menempa diri kita agar memiliki akhlak yang terpuji:
"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah berbicara tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa" [Bukhari-Muslim]


Puasa yang sia-sia:

"Dari Abu Hurairah ra: katanya Rasulullah saw berabda: "Barang siapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan berbuat jahat (padahal dia puasa), maka Allah tidak butuh ia meninggalkan makan dan minum" [Bukhari]

Jika kita berpuasa, tapi kita berkata dusta atau menyakiti orang lain, maka sia-sialah puasa kita.
Dilarang bersetubuh pada saat berpuasa:

"Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Celakalah aku wahai Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang telah membuatmu celaka?

Lelaki itu menjawab: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada siang hari di bulan Ramadan.
Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu memerdekakan seorang hamba? Lelaki itu menjawab: Tidak.

Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu berpuasa selama dua bulan berturut-turut? Lelaki itu menjawab: Tidak.

Rasulullah s.a.w bertanya lagi: Mampukah kamu memberi makan kepada enam puluh orang fakir miskin? Lelaki itu menjawab: Tidak. Kemudian duduk. Rasulullah s.a.w kemudiannya memberikan kepadanya suatu bekas yang berisi kurma lalu bersabda: Sedekahkanlah ini. Lelaki tadi berkata: Tentunya kepada orang yang paling miskin di antara kami. Tiada lagi di kalangan kami di Madinah ini yang lebih memerlukan dari keluarga kami.

Mendengar ucapan lelaki itu Rasulullah s.a.w tersenyum sehingga kelihatan sebahagian giginya. Kemudian baginda bersabda: Pulanglah dan berilah kepada keluargamu sendiri" [Bukhari-Muslim]


Bangun dari junub tidak membatalkan puasa:
"Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata:: Nabi s.a.w bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa" [Bukhari-Muslim]

p/s : Alhamdulillah,diberi kesempatan utk Nana menyambut Ramadhan thn ini bersama keluarga tercinta...

NaNa(^_^)

Friday, 28 August 2009

Undangan majlis berbuka pose...

Dalam dok layan perasaan sedeh xpat pose ape ag raye ngan family taon ni... ditambah lg ngan kawan2 yg sibuk ajak balik Mesia last2 minit...almaklumlah promosi tiket tok raye... Adooiiiyaaii... Xpe la,mak kate kumpul rindu-rinduan tuu...huhuhu...next year mane taw ade rezeki kan...hehehe...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jemputan berbuka puase... Alhamdulillah,rezeki melimpah2 bulan RAMADHAN ni.. Jiran2 ajak buke pose kat umah dorg... Sonok gak... Mudah2 murah rezeki korg.... Insyaallah,ade rezeki ktorg jemput korg plak yee...hehehe..


Hari ni buke pose kitorg ditaja oleh ahli syaah 3 rumah johor Alex... Nana & Kak Linda diundang tok memeriahkan majlis...muahaha... Mekaseh Kak Aishah,Kak Yah... Ptg sket ktorg sampai ye...hihihi...

p/s: Jom terawikh...Malam ni terawikh katner ek...hmm...

NaNa(^_^)v

Saturday, 22 August 2009

RAMADHAN DI MADINATUL AHLAM...

Alhamdulillah... Bertemu lagi denganmu YA RAMADHAN...

Sehari sebelum RAMADHAN, Nana amek peluang g makan kat YA HALLA,tingin sangat... Nanti dah bulan pose,ngidam2 plak kang...hihihi... Balik dari makan2... Kitorang g suk jap,saje jejalan... Sambil jalan,usha2 sekeliling, masing2 sibuk hias sepanjang jalan,gantung lampu la..rambu ramba la... Masjid2 pon dibersihkan... Tok imam, Tok Bilal sume turun padang agaknye... Almaklumlah nak menyambut tetamu yg mulia... Ahlan2 ya RAMADHAN... Malam nnt nak solat terawikh...Kompem la jemaah berduyun2 dtg... so,khemah2 dipacak la kat luar...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Waaa,makanan arab yang besa kuar time bulan RAMADHAN pon dah muncul kembali... KUNAFAH & QATHAYIF ... Setahun sekali je bleh jumpe kat Mesir ni...

Sampai je kat ima
rah baba Yasir... Waa...umah baba kat tingkat bawah ni pon dah makeup2... Gantung rambu ramba dah... Ishk,cam nak raye la plak.. Mama ngan anak2 dara die sibuk menguli tepung kat ruang tamu,nak wat kuih la tu...

Info:

"Malam2 terakhir syaaban masyarakat Mesir sibuk membuat hiasan yang diesebut AJWA' RAMADHAN

AJWA' RAMADHAN dibuat dari kertas warna warni yang digunting dalam pelbagai bentuk dn dirangkai dengan seuntas tali"


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sampai umah, on Laptop... Fuh,nasib ade line.. Nak koling2 Mesia.. Mak ngan bapak pon xtido lagi.. Yela,baru balik dari solat terawikh... Akak pon dah ade kat kampung... Mesti xmeriah sangat kan sebab xde Nana..hihihi.. Auni pon sempat bertemu RAMADHAN,buat kali pertama...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Malam pertama tok solat terawikh... Malam ni Nana ngan Kak Linda wat kat rumah je... Alhamdulillah... Insyaallah, ada peluang nak gak g Masjid dekat2 umah ni... Selesai solat dengar plak riuh2 kat luar umah... "Nana... kak Linda... Bukak pintu cepaat..." Laaa,nape la plak budak2 umah atas ni...

Bukak je pintu...
Gedebuk,bukan kene tumbuk... Seplastik beso color biru tergedebuk kat depan umah ni.... "Mak aih, ape ni weh... korang soping ke g terawikh ni??" hihihi,tuduhan melulu nampaknye dari aku... saje gurau daa.. Rupenye orang masjid bagi sedekah... Alhamdulillah... Mudah2an ALLAH murahkan lg rezeki org yg bg ni... Jimat wit bulan ni ek Kak Linda... hihihi... Gula ada,makarona,solso,kurma,minyak.... mcm2 ag la... Alhamdulillah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Baru nak tido... Tibe2 pintu umah diketuk... Laa, shireen anak baba dtg plak.. Rupenye die sibuk nak pasang rambu ramba kat ampaian baju tu ha... Lahai,cam klakar plak... Kire save bajet la, xgune tenage letrik... Kalu cam kat mesia time hari sukan skolah ke...hari mesyuarat PIBG ke, kite nampak la gantung2 bendera kecit2 tu.. Haa,lbeh kurang cam tu la..

Adooi.... sampai kol 1:30pg diorg wat kije...
So,mengelak sahur terlepas...
sebelum tido kitorang makan la

KURMA... memang rezeki kitorang, xbeli pon kurma...nasib la dpt free td...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam pukul 2pg kitorg terdengar bunyi ketok2 gendang ... Haaa,tu mesti org kejut sahur tu...

Info :

"Musahharati, orang yang bertugas untuk membangunkan masyarakat setempat untuk bersahur..."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ni nak masak ape ek tok buka?? Haaa..berita baek lagi, jiran umah bawah plak ajak berbuka kat umah die.. hehehe.. Xyah masak laa hari ni...

********************


**SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA BUAT MUSLIMIN MUSLIMAT SEANTERO DUNIA**

********************

p/s: Selamat menyambut RAMADHAN wat keluarga tercinta di Malaysia... Rindu kalian semua...Tepon,dgr sore je la dpt mengubat rindu dihati... hukhukhuk.... Walopon thn ni xdpt sambut pose n raye bersame kalian, doa anakanda diperantauan agar kite sekeluarga sentiasa berada didalam jagaan & rahmat ALLAH... Mudah2an kite bertemu lagi...Next year ke..hihihi..

** Mak,soh lia bangun awal...masak tok sahur...
Ya, Raye nanti ko basuh la pinggan2,cawan2...kemas la umah sowang2... xpon ko ajak la Auni tolong...ekeke....P!s


NaNa(^_^)v

Tuesday, 18 August 2009

Ahlan2 Ya Ramadhan....


Ahlan2 ya RAMADHAN...

Bape hari je lg dah nak bulan RAMADHAN... Sekejap je syaaban dah nak tinggalkan kite... Huhuhu,sayu gak hati ni,puasa tahun ni nampaknye berjauhan lagi ngan family... Ape lagi nak menyambut AidilFitri nnt... Dah la tinggal berdua je ngan Kak Linda kat umah,nasib la labuuu... Walocamnerpon jauh jarak kita tp tanggungjawab & kewajipan kite serupa...


Teringat plak time bulan RAMADHAN kat Malaysia... Ape yang meriahnye mesti la bazar RAMADHAN... Bagi yang otak bisnes time ni la boleh kumpul duit raye lebih... Kalau xde bazar RAMADHAN mesti xmeriah la... Huh,smpi xtahu nak pilih menu ape nnt,rase sumenye sedaaap... Mak kat umah pon boleh goyang kaki xyah masak... Semua adaaa,pilih je... Sesetengah Masjid pon ade sediakan juadah berbuka... Besanye bubur lambok laa... Sedap tuu... Sanggup beratur panjang2 nak dptkan bubur lambok... Tp time terawikh??huhuhuhu...

Kalau dedulu zaman kecit2 time bulan pose ni la kad raye bersepah2 jual.. tapi rasenye skrg trend org forword2 mesej je la...


Berbeza skt ngan suasana kat Mesir ni, skrg lg dah nampak kemeriahan nak menyambut RAMADHAN, rase cam nak raye je plak... Lampu liplap2 penuh sepanjang jalan... Kalau kat Malaysia sume sibuk nak pasang2 pelita, cam tu la lbeh kurang... Masjid2 & org persendirian jugak bnyk ambil peluang tok sponsor iftar time bln puase ni... Lagi2 la bg student dr luar selalu gak dpt undangan utk iftar..

Time bulan ramadhan kebiasaannya kat cni kita besa dgr ucapan "RAMADHAN KAREEM"...
the answer is "ALLAHU AKRAM"...

p/s:Ape gaye n cara sekalipon kite nak sambut bulan yang mulia ni kite same2 la berdoa Mudah2an RAMADHAN kali ni memberi kita peluang untuk mendekat diri lg kepadaNYA & mudah2an juga kita dapat selesaikan rukun islam ke 3 ini dgn sempurna...belum tentu kita akan bertemu RAMADHAN akan datang...

(^_^)vNaNa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...