Showing posts with label Fi SaBiLILLAH=). Show all posts
Showing posts with label Fi SaBiLILLAH=). Show all posts

Wednesday, 17 September 2014

Alhamdulillah | 04 September 2014 | Officially mama & ayah

=السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Hampir 3 minggu telah berkampung di rumah Mak mertua di Sungai Petani, operasi menunggu hari. Dan Alhamdulillah tanggal 04 September 2014 jam 1.48 petang anugerah yang ditunggu-tunggu telah selamat melihat dunia dan kami naik pangkat jadi MAMA AYAH!

Alhamdulillah rezeki yang tidak disangka-sangka, bernikah tanpa bercinta, menyemai cinta setelah halal semuanya, setelah 10 bulan 2 hari usia perkahwinan kami, dikurniakan pula cahaya mata!

Syukur Ya Rabb Alhamdulillah semuanya berjalan lancar & dipermudahkan ☺

Kronologi pengalaman bersalin cahaya mata pertama :

03 September 2014 Rabu | Zul Qaedah 1435h

10:00am : Check up di klinik kesihatan ibu & anak Sg Petani ditemani Kak Ngah (adik ipar) Alhamdulillah, keadaan baby semua baik. Ikutkan due kiranya lagi 3 hari je lagi baby nak keluar tapi nurse kata "takpa, tunggu je bila dia nak keluaq". Dan seandainya baby tak keluar jugak ikut edd, Doc pon dah allow post date seminggu lagi sebab baby comel2 je.

11:15am : Selesai check up Kak Ngah ajak pergi tesco sat & disebabkan ada tenaga agi & dah lama tak berjalan2 maka menuju ke tesco la kami. Sempat singgah makan kfc dulu sebelum memborong lauk kat tesco.

01:00pm : Selamat sampai rumah & terus makan tengah hari. Makan lagi! hahaha

02:00pm : Masuk bilik terus berehat. Lurus2kan pinggang. ZzzZzzz

03:00pm : Bangun tido, mandi & solat zohor. Selesai solat En Suami pon dah selamat tiba bersama pengantin baru. Pengantin baru (Mak Yaya & Uncle Angah) p hanimun krabi, balik hanimun singgah Sungai Petani nak tengok baby katanya! Tapi baby belum keluar lagi

05:00pm : En Suami ajak jalan2 kat taman. Dengan harapan cepat bersalin sebab dia dah tak senang hati nak p ulang alik kerja. Dapat la seround setengah berjalan. Tapi ayah baby yang terlebih mengah jee..hahaha

08:00pm : Makan malam kat rumah & selesai makan pengantin baru ajak p Aman Jaya Mall. Berjalan la lagi mak buyong ni.

10:00pm : Selesai soping2 kami bawak pengantin baru jalan2 bandar SP. Sempat la amek gambar kat Jam Besaq!

11:00pm : Otw balik rumah ternampak kedai jual ayaq nyoq. Tapau bawak balik. Sampai rumah minum la segelas ayaq nyoq & terus masuk bilik konon2 nak tidoq tapi mata terkebil2, sempat sapu losyen mustajab kat kaki sebab lenguh berjalan sehari2. En Suami dah selamat ZzZzZzz..

04 September 2014 Khamis | Zul Qaedah 1435h

12:30am : Mata baru nak terlelap & tiba2... jeng3... kedengaran bunyi "PLUUUP"! dan mengalir air dicelah kelengkang. Eh eh air ape ni? Konon nak tahan tapi air tu keluR jugak. Terus kejut En Suami & dia p kejut Mak. Saya bangun dari katil & air masih keluar lagi. Ya! itulah antara tanda2 maka beranak yang selalu nurse sebut2, yang selalu dok baca kat tenet tuuu. Air ketuban dah pecah!!

01:00am : Mak sempat buat milo, minum2 dulu. Mak kata biasa kalau pecah ketuban lambat lagi nak beranak. Dan memandangkan mak buyong ni dok sengeh2 ketawa lagi sebab masih tak rasa apa2 contraction.

01:30am : Tiba di Hosp Sultan Abdul Halim bahagian kecemasan & bersalin. Selesai daftar, masuk bilik Doc nak buat ctg & check jalan. Alhamdulillah jantung baby ok & jalan baru bukak 1cm. Maka warded lah malam tu. Doc kata kalau pukul 12:30pm jalan masih tak bukak maka kena la induce.

03:00am : Masuk wad & memandangkan wad penuh maka duduk la kat katil tambahan. sob sob sob. Mata tak boleh lelap pon. Letihnya, dah la sehari-hari berjalan. Sabor je la

05:00am : Dah mula rasa contraction sikit. Rasa sakit macam senggugut je, boleh tahan lagi. Mandi2 & siap sedia tunggu subuh.

08:00am : Doc datang untuk amek report. Selesai doc check p mandi lagi.

09:30am : Doc datang lagi & doc decide supaya segera bagi ubat induce, tak payah tunggu2 lagi. Maintain relax je, sebab masih tak rasa sakit sangat & tak sabar nak beranak! hehehe.

10:00am : Nurse buat ctg check jantung baby. Alhamdulillah semua ok.

10:30am : Nurse bawak pindah p wad Kenanga 11 untuk masuk ubat induce.

11:00am : Doc datang untuk masukkan ubat induce. Masa ni check jalan baru bukak 2cm! Alhamdulillah, tak sakit pon. Selalu baca kat tenet orang kata masuk ubat induce sakit, check jalan sakit. Tapi sebenarnya kita kena rileks & buat tak tahu je, tak rasa sakit pon.

Selesai Doc masukkan ubat, datang la seorang Doc lagi untuk bagi penerangan. Paling ingat Doc kata " Risiko ubat induce ni mungkin menyebabkan rahim pecah sebab die memberi tekanan yang kuat, tapi Puan jangan risau sebab risiko ni berlaku dalam 1000 orang seorang sahja". Ya Allah, teruskan berdoa & berzikir moga semua selamat & dipermudahkan.

12:00pm : Sudah mula merasa contraction yang kuat sedikit! tiap 5 min sakit contraction datang. Sakit tangkap di bahagian pinggang. Sambil tunggu En suami, Mak, kakak & suaminya. Tak lama kemudian muncul la semua. Ya Allah lega rasa, sekurang2nya ada yang teman waktu2 begini.

12:30pm : Mak mertua tak putus2 suap makanan, air selusuh pon ada. Mulut ni terima je lah. Mak mertua kata kena makan jugak, nanti tak ada tenaga nak push. Bila contraction  kurang mula la aktiviti selfie la, gelak la.

01:00pm : Sakit semakin kuat! Tangan  En suami habis digenggam. Muka disodok2 dah kat perut En Suami. Malu ada tapi sakitttt.. Mak panggil Nurse. Macam biasa, nurse seluk lagi nak cek jalan. Dah buka 4cm. Sambil nurse cek nurse kata " tahan sikit ye, saya nak tolong". Entah, tak berasa apa dah. Rasa nak cepat je beranak. Heeee..

01:20pm : Nurse dah tolak ke labour room, suami teman jugak. Tapi separuh jalan je sebab kami lalu jalan shortkat. Sempat request untuk minta suami teman. Tapi tak ada rezeki sebab bilik khusus untuk suami teman dah ada orang lain. Sobs sobs..

Sampai labour room, Nurse suruh naik atas katil. Kebetulan ada makcik cleaner mengemas dalam bilik tu, makcik cleaner tu pon tolong tenang2kan, dia bagi alat gas untuk sedut bagi kurangkan sakit. Tapi tak tersedut laa..haahaa.. 

Tiba2 rasa nak terber**!! Dah tak sempat nak tekan button emergensi. Terus panggil nurse yang ada kebetulan lalubdepan pintu. Nurse masuk sambil kata " ye ye mana yang sakit" Rileks sungguh nurse ni, dah hari2 keje die kan. Die seluk cek jalan terus die cakap "FULL". Tiba2 bilik tu penuh dengan nurse. Doc pon tiba. 

Tobalah masa untuk berjuaaaaang!! Walaipun awal2 agak kelam kabut untuk push tapi Doc & Nurse2 semua tolong & beri semangat. Doc juga tak henti berzikir. Paling membantu bila Doc kata " Ok.. geraaam.. geraaaam.. geraam lagi.." Haaa, betul2 geraam! hehe..

01:48pm : Alhamdulillah, selamat anak mama melihat dunia. Masa ni rasa mamai sangat, sehari semalam tak tido. Nurse tunjuk tuut baby, " Tengok ni, anak apa?" Mulut mama kata "Muhammad". Nurse gelak je, "Amboi siap bagi nama dah". Baby boy!

Nurse balut dan letak Muhammad atas dada Mama. SubhanaAllah. Tak tergambar gembira & syukur Allah permudahkan semuanya.

02:30pm : Selesai jahit. Ni paling mencabar kot.

03.00pm : Nurse bawak Muhammad yang sudah siap dimandikan. Nurse ajar menyusukan baby. First time mother la katekan.

03:30pm : Mata mengantok tapi tak boleh lelap. Muhammad dah letak dalam troli. Tiba2 terdengar suara En Suami sebak2 azankan Muhammad. Haa, En suami berjaya seludup masuk lr. Kebetulan ada kenalan.

Kemudian berlaku la babak tacing kami bertiga❤❤❤ 

Alhamdulillah, cukup la dulu cerita mama. Ni pon dah mula taip dari dalam pantang. Sekarang Muhammad dah 4 bulan 5 hari! Nampak tak ke'busy'an menjadi seorang ibu & suri rumah tangga walaupon rumah tak ada tangga..heeee!


Muhammad Uwais 7 hari. Alhamdulillah hari ni dah 4bulan 5hari semakin bam2 berketak2..heee!

Friday, 6 December 2013

Alhamdulillah, bercinta selepas nikah ♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah thumma alhamdulillah thumma alhamdulillah...

Hampir 2 bulan blog terbiar bersawang tak dijengah.

Hari ini mencuri masa mengetuk papan kekunci.
Jari jemari masih berinai tanda ku sudah bergelar isteri! Woahaaa!

16 September 2013

Alhamdulillah, selamat mendarat ke bumi Malaysia bersama anak² bulus Tuah & Teja. Perancangan mahu bertahan di bumi Iskandariah hingga selesai segala urusan tidak terlaksana kerana perancangan Allah  tak siapa mampu menduga. Kembali juga ketanah air untuk membuat persiapan walimatul urus. Walimah diri sendiri! Woahaaa! :P

Berbaki hanya beberapa minggu untuk melangkah ke alam rumah tangga, Alhamdulillah persiapan yang sederhana Allah permudahkan semua.

2 November 2013 bersamaan 28 Zulhijjah 1434h

Dengan lafaz ijab & qabul termetri dua jiwa menjadi satu, digalas juga tanggungjawab yang berat moga Allah bantu.

Bermula lah saat dimana Ayahanda menyerahkan tanggungjawabnya kepada lelaki yang bergelar menantu, maka terlunas sudah tanggungjawab ayahanda dan kini dipikul oleh sang suami yang bakal memimpinku serta anak² dalam mencapai  redha Allah yang Satu.

Alhamdulillah, hari ni sudah satu bulan 5 hari bertukar status, menjadi suri kepada kekasih hati suamiku Hadi ♥

Allah permudahkan jalan jodoh kami, biarlah cerita cinta selepas nikah kami tersimpan dibawa kekal hingga ke syurga. Moga redha & rahmat Allah sentiasa bersama kami sekeluarga, dapat membina keluarga yang sakinah mawaddah warrahma hingga ke jannah, ameen Ya Rabb.

Mungkin ini sahaja yang dapat dicoret. Tak terluah dek kata². Moga bahagia ini kekal hingga ke syurga. Selamanya.

p/s: Kan Allah dah janji yang terbaik untuk kita. Ya Allah, terlalu banyak yang ku minta & yang dikurnia lebih indah dari yang disangka. Hebatnya ubat sabar, redha & bersangka baik dengan Allah.

NaNa=^.^=

Tuesday, 3 September 2013

Alhamdulillah | Natijah 2012/2013

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Masih berada di bumi Iskandariah. Minggu lepas telah berlaku Evakuasi(sukarela) disini, dimana pihak kerajaan Malaysia telah menawarkan penerbangan percuma kepada mahasiswa/wi di Mesir untuk pulang ke Tanah Air disebabkan krisis yang berlaku di Mesir.

Tapi entah kenapa hati saya kuat untuk bertahan di sini lagi, maka saya terpaksa tolak tawaran tersebut. Memandangkan juga penerbangan tersebut tidak menerima haiwan untuk dibawa pulang! hahahaa.. Jadi takpelah, Tuah & Teja sabar ye, nanti kita terbang sama² ok!
Tak sanggup nak tinggalkan diekor ni, dulu Evakuasi 2011 terpaksa tinggalkan Tuah, memang sedih sangat keadaan dia kalau teringat kembali :'(



Jami'ah Al-Azhar - Kuliyyah Banat Bil Iskandariah.

Kesabaran menanti Natijah(result) Imtihan(exam) bagi pelajar tahun akhir berakhir juga pada tanggal 1 september 2013! Alhamdulillah, penantian natijah ini juga antara salah satu faktor kuat untuk saya bertahan disini(sebab nak tengok natijah sendiri)!

Alhamdulillah, dengan izinNya saya NAJAH!
Copy paste je lah! hihi
Ini lah suasana Mahasiswi di Uni Al-Azhar Iskandariah melihat natijah masing². Masa ni hanya natijah mahasiswi Mesir sahaja yang baru ditampal. Kami pelajar Malaysia masih sabar menanti! hehe..

Alhamdulillah 'ala kulli hal wan ni'am! InsyaAllah, akan cuba urusakan sijil muaqqatah(sijil sementara) sebelum terbang pulang ke Malaysia! Tak sabar nak balik tapi sedih untuk meninggalkan seribu satu kenangan di bumi Iskandariah~ Sobsss

p/s: Tahun ni secara tak rasmi jadi penyampai Natijah Tahun 4, sebab majoriti pelajar² Malaysia dah balik masa evakuasi minggu lepas..hahaa, layankan~

NaNa=^.^=

Friday, 2 August 2013

Malam² terakhir Ramadhan di perantauan

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥



Alhamdulillah, sudah sampai ke 10 malam terakhir Ramadhan. Sekejap je rasanya, Ramadhan bakal meninggalkan kita lagi. Moga berkesempatan untuk bertemu Ramadhan di tahun akan datang, Ameen Ya Rabb..

Bila Ramadhan semakin sampai ke penguhujungnya, maka masing² sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari Lebaran. Tradisi orang Melayu tentulah lebih meriah! Kalau boleh 30 syawal nak disambut sepenuhnya. Apa pun disamping membuat persiapan untuk menyambut Lebaran jangan lepaskan peluang dimalam² terakhir Ramadhan ini untuk kita sama² memburu laylatul qadar! InsyaAllah.

Ok, semalam sempat telefon Mak dikampung selepas dapat berita Bapak admitted di Hospital tapi Alhamdulillah, Mak kata tak ada yang serius cuma Bapak penat dan Doc nasihatkan Bapak berehat di Hospital. Moga Allah memberi kesembuhan yang segera buat Bapak.

Berborak dengan Mak, nampak gaya raya tahun ni meriah sebab giliran abang² & kakak² pulang berhari raya di kampung tahun ni, cuma.... anak dara dia seorang ni je la beraya diperantauan.

Nana tahu Mak, Bapak & semua rindu, Nana lagi lah rinduuuuuuuuuuu T.T InsyaAllah ini last beraya jauh dinegara orang!

Sebelum cerita bertambah sayu, terus ubah topik..hahahaa..

Sebenarnya nak mencari mood untuk membuat persiapan raya diperantauan ni. Walaupun tahu kawan² ramai yang pulang beraya di Tanah Air, tapi untuk memeriahkan suasana kena la buat persiapan jugak. Alhamdulillah, semalam dah mula membaking biskut raya! Biskut 'Afiah. Haa, tak pernah dengar kan nama biskut ni? haha... Ok, nantikan resipi² biskut raye perantau ye :P

p/s: Tak sabar nak terbang pulang for good tahun ni! Rabbi Yassir Wala Tu'assir!

NaNa=^.^=

Friday, 24 May 2013

Ragam Imtihan 2012/2013 | Summer

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, ambil kesempatan sekejap untuk mencatat sesuatu ketika mana idea itu Allah kurniakan. Jam hampir ke angka 12 pagi tapi suasana diluar masih riuh rendah lagi, biasalah arab di musim 'Shaif' malam bak burung hantu.

Alhamdulillah, 2 imtihan takhaluf telah selamat dijalani. Nusus Islami dan Umawi & Nusus 'Abbasi.  Alhamdulillah, soalan agak mudah  tapi biasalah ada juga yang ingat-ingat lupa. BismillahiTawakkaltu Ala Allah. Allahu Akbar! Moga Allah lembutkan hati Doktorah Amani & Doktorah Iman Syama' untuk beri NAJAH kepada kami bagi madah ini, ameen ya Rabb.

InsyaAllah, 26/5/2013 hari Ahad akan bermula berjuang untuk madah tahun 4 yang masih berbaki. Bermula 26/5/2013 dengan madah Al-Quran, 30/5/2013 Sorof dan akhir sekali 16/6/2013 Balaghah.

Rabbi Yassir Wala Tu'assir.

AllahuRabbi!

Bukan sahaja berhadapan imtihan di dewan peperikasaan malah kami diuji dengan krisis 'BLACKOUT' di bumi Mesir ini. Entah tidak pasti apa masalah yang berlaku hingga kekerapan terputus bekalan elektrik tahun ini sangat serius boleh dikira hari-hari siang dan malam 2-3 jam!

'Ala kulli hal Alhamdulillah, sediakan stock lilin banyak-banyak! :D

AllahuRabbi!

Ragam Imtihan bila merasa MASA itu semakin berharga.
Berkurung didalam bilik pagi ke petang mengulang kaji tanpa menghirau apa-apa.
Kopi menjadi teman setia sebagai sumber tenaga menahan mata dari terpejam tertidur lena.
Entah ini dikira sudah bersedia atau 'Study Last Minute' dalam bahasa omputehnya??

AllahuRabbi!

Mungkin terkadang kita lupa. Lebih takut akan kertas soalan dan natijah yang bakal diterima. Astaghfirullah. Untuk diri sendiri & sahabat-sahabat sekalian tajdidkan niat kita selalu, belajar semata hanya kerna DIA. InsyaAllah moga beroleh barokah & berkekalan ilmu didada bukan diatas kertas jawapan imtihan semata.

AllahuRabbi!

Jagalah hubungan dengan yang Esa, Ibu Bapa, Pendidik & juga sahabat handai kita tapi bukan waktu Imtihan je, sepenuh masa sampai bila-bila, insyAllah.
Jadilah kita insan yang bertimbang rasa kepada rakan-rakan membantu sama-sama meringankan beban dikala musim Imtihan.
Jadilah kita orang selalu berlumba-lumba untuk memulakan bukan duduk diam mengharap ada orang yang akan buat atau siapkan.

Bak pesan Mak, selalu datangkan rasa belas kasihan pada kawan-kawan & orang lain.

InsyaAllah, ini pesanan buat diri sendiri terutamanya. Moga Allah redha.

p/s: 25/05 ulang tahun kelahiran Mak T_____T Dari jauh ku kirimkan doa. Rindu Mak.

NaNa=^.^=

Tuesday, 7 May 2013

#PRU13 vs #Imtihan12/13

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Allah.. Allah.. dah sebulan rupenye blog ni tak berhapdet! Menggegel jari jemariku nak menaip..hahaa..

Alhamdulillah, kehangatan dan bahang PRU13 masih dirasai lagi. Tahniah & Takziah kepada yang menang tu, silalah jalankan tanggungjawab anda & tunaikanlah janji² dicapati kepada rakyat!

Ah! bosan sebenarnya dengan isu politik Malaysia yang entah apa² ni. Takmo sembang panjang. Tapi dalam bosan kena la jugak amek tahu kan.... Hmmm..

Ini harapan saya. InsyaAllah, ini juga harapan kalian. InsyaAllah harapan anak cucu kita!
Moga Malaysia dipimpim oleh pemimpin yang benar-benar mahu menjalankan undang-undang Islam,
Moga Malaysia dipimpim oleh pemimpin yang mahu mengajak rakyat lebih mencintai & menghayati Islam!
Ameeen Ya Rabb..
Moga terlaksana & tercapai impian kita. Hidup aman damai berlandaskan syariatNya. Teruskan berdoa demi masa depan anak cucu kita. Berjaya dunia & akhirat sana. Ya Rabb!

Ok, dalam fenomena PRU13, kami di Uni Al-Azhar, Mesir juga sedang menghadapi fenomena IMTIHAN 12/13! AllahuRabbi, pejam celik sekejap je dah nak imtihan. Mohon maaf teman² & mohon doakan kami mahasiswa/mahasiswi disini agar dipermudahkan untuk menjawab seluruh soalan, diberi kejayaan juga dapat memanfaatkan ilmu yang kami pelajari.
Ya Allah. Jadikanlah kami dikalangan hamba²mu yang beramal dengan ilmu. Berkatilah & redhailah setiap langkah kami. Berkatilah juga seluruh doktor/ah kami.
Allahumma Najihna Fi Kulli Imtihan Fid Deen Fid Dunya Wal Akhirah, Ameen Ya Rabb.
19.5.2013- Nusus Islami & Umawi
21.5.2013- Nusus Al-Abbasi

Doakan saya ye semua!

p/s: Tak sabar nak balik Malaysia. Rindu tahap max! Ya Rabb T__________T

NaNa=^.^=

Friday, 15 March 2013

#FamilyDay #Alexandria (ILHAM'13)

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, dengan jayanye  ILHAM'13(Hari Ilmiah & Mahabbah) telah tamat pada petang tadi.
Alhamdulillah 'ala kulli hal. Selama 3 hari program berjalan dengan pelbagai acara indoor di Markaz DPMI.

ILHAM'13 bertemakan lagu Jalinan Kasih yang dipopularkan oleh UNIC. Bagi saya lagu tema tersebut bertepatan dengan program ini kerana selain dapat mengeratkan lagi hubungan ukhwah diantara seluruh pelajar Malaysia di Iskandariah ia juga dapat menjadi medan untuk bersuai kenal antara satu sama lain. Serius ramai yang saya tak kenal,lebih² lagi junior =.='

Seronok! sebab dah lama tak join program macam ni. Jadi bila berhimpun ramai², bersuai kenal, rileks santai², berbual ketawa hilangkan duka cewah! Maka hilang lah sedikit rasa bosan dan apa yang penting masa terisi insyaAllah dengan perkara manfaat. Tetibe rindu zaman sekolah. hehee!

Antara acara Dewan seperti Debat, Acapella, bercerita, lakonan spontan, hafazan Al-Quran & hadith, permainan traditional(tak masuk sebab banyak dah lupa skill nak maen). Peserta juga dihidangkan dengan Ceramah Isu Semasa, Diskusi Kitab 'Aqobatuz Zawaj, Pembentangan kertas kerja Fiqh mar'ah oleh penyampai yang hebat² belaka.

Untuk ILHAM'13 kumpulan dibahagi kepada 3 dan nama setiap kumpulan bertemakan nama majalah iaitu AL-FITYAN, SOLUSI & GEN-Q.  

Saya tidak melepaskan peluang untuk mewakili kumpulan SOLUSI dengan mengambil bahagiaan dalam 2 acara dewan. Pertandingan menulis dialog & Pertandingan melukis poster (bertemakan HISBAH). Alhamdulillah, poster kami terpilih sebagai juara. Walaupon secara keseluruhan SOLUSI berada di tempat ke-2 tapi tak apa, yang penting kita enjoy! hehee..

Alhamdulillah, dengan pelantikan sebagai AJK persiapan sedikit sebanyak dapat juga pengalaman menyiapkan banner & gimik perasmian untuk ILHAM'13. Seronok bekerjasama dengan junior si budak somot Aini! hahaa. Jazakillahu Kheir buat Adhoc yang juga ex junior sekolah lama yang memberi kepercayaan kepada saya!

Ok lah, dah macam buat report pulak. Hahaa.. Ok, layan sikit gambar² terpilih ^^

 Alhamdulillah, Majlis perasmian & gimik (replika buku gergasi) berjalan dengan lancar ^^

 Antara Acara Dewan - Debat & program turut diisi dengan diskusi kitab serta pembentangan kertas kerja

 Antara Acara Dewan - Puzzle, Melukis Poster, Dessert, Permainan Traditional

 Antara hasil² kreativiti ustazah² Mediterranean ^^

Antara Acara Dewan - Gubahan

Alhamdulillah :)

p/s: Bila tengok persembahan acapella teringat zaman sekolah dulu dari form 1 sampai form 5 jadi wakil pertandingan nasyid. Rinduuuuuuuu! *tetibe*
NaNa=^.^=

Wednesday, 20 February 2013

ilmumiliktuhan.blogspot.com

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

*Ini entry melekat*

Alhamdulillah bertemu lagi diruangan maya ini. Sudah 29 hari bersama Januari. Syukur dengan hari yang berlalu juga hari yang bakal dilalui.

Entah kenapa sejak dua menjak ini rajin mengupdate, mengupdate resipi! Yelaa,pegang sudip pon tak reti maka kalau masak best ada la update, kalau tak best malu la nak kongsi. Heh!

Ok, kembali kepada tajuk entry. Alhamdulillah saya telah berjaya membina satu blog lagi. Al-kisahnya, blog tersebut sudah lama dibina tapi dibiar terbengkalai sahaja. Saya akan cuba untuk update sekerap yang mungkin, walaupun sedikit info yang diberi tapi saya akan cuba untuk berkongsi! InsyaAllah :)

Ilmu itu milik Tuhan! jadi ayuh kita sama² kongsikan!

Sebenarnya 25Januari yang lalu saya telah lancarkan eceh! & open to anybody kerana blog tersebut yang selama ini hanya private untuk diri sendiri. Cuma saya tidak mengwar-warkan di blog ini.

Ok, dengan lafaz Bimillahir Rahma Nirrahim.. saya lancarkan lagi blog http://ilmumiliktuhan.blogspot.com! Dengan segala hormatnya sila²lah singgah ke sana :) 

Sama² kita sebarkan ilmu, walaupun sedikit moga bermanfaat untuk semua.. InsyaAllah!

Teringat kalam seorang ustaz 
Jadilah kita diantara 2 golongan ini

1- Suka mengajar

2-Suka belajar
Jangan kita jadi golongan ke-3  mengajar tak nak & belajar pon tak nak!


p/s: sampai hujung nyawa tak akan berhenti belajar. InsyaAllah.


NaNa=^.^=

Saturday, 2 June 2012

Tak penat ke belajar?

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Kata Si Polan/Polanah:
"Umur kau dah 20++ tapi masih masuk dewan periksa lagi??????"
Eh! takde kena mengena kot. Tapi kadang-kadang ada sahaja kata-kata yang kurang enak dari mereka-mereka yang sudah berkerjaya kepada kita yang masih tak habis-habis dengan belajar, belajar, belajar...... 

Kata Si Polan/Polanah lagi:
" Kita sebaya, aku dah ada kerja, berkereta, berkeluarga bla bla, ko apa ada? belajar je...pekse, pekse, pekse, tak penat ke?". 
Oh! hebatnya kau!

Aku ada Tuah :P 

Lantakkan! Alhamdulillah, ini rezeki kita. Rezeki penuntut ilmu. Walau tak ada semua bla bla bla, tapi Allah kurniakan lebih dari itu. Banyak! tak mampu dihitung dengan jari. Malas nak bebel panjang.
" Sesiapa yang mencari jalan (berusaha) untuk menimba ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga, dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayapnya (mendoakan) kepada penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang dilakukan, dan sesungguhnya segala makhluk di langit dan di bumi hinggakan ikan paus di laut, mendoakan keampunan bagi orang alim, dan kelebihan orang yang berilmu dengan orang abid (ahli ibadah) seperti kelebihan bulan (terangnya) daripada lain-lain bintang. Dan sesungguhnya para ulama adalah pewaris Nabi" - (HR Abu Daud, Tarmizi, Ibnu Majah dll)
Penat la belajar.............
Pernah mengeluh macam tu? Memang hebat kalau tak pernah! Tabik spring toink toink toink~

Ya! memang, kadang-kadang rasa penat tu datang. Tapi sebab tu kita perlu selalu tajdid niat kita supaya tiap apa sahaja kita lakukan semata-mata hanya kerana Allah. Bila niat kita terjaga barulah timbul semangat yang luar biasa, cubalah! Mohon juga agar Allah berikan kekuatan untuk kita terus menuntut ilmu dan minta dijauhkan dari rasa malas, lemah, kecewa & futur/putus asa!
InsyaAllah, yakin dengan perancangan Allah. Allah pilih kita, yakinlah bahawa setiap apa yang Allah rencanakan itu tidak ada yang sia-sia. Walau kita hadapi dengan penuh sakit & penat tapi ingatlah pasti ada hikmah yang tersirat.
p/s: Next paper 3/7, Balaghah. Doakan saya & kawan-kawan diberi kemudahan untuk menjawab ya!

NaNa=^.^=

Friday, 4 May 2012

Imtihan Fasa 2 2011/2012

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Mempersembahkan~
Jadual Imtihan Fasa 2 Sessi 2011/2012 Tahun 4 Fakulti Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar (Iskandariah)

Jadual Imtihan Versi conteng-conteng~

Alhamdulillah, mencuri sedikit masa menjengah blog & bubuh entry baru :).

Alhamdulillah, siang tadi selesai sudah menjawab soalan imtihan takhaluf(paper repeat) bagi madah Nusus 'Abasi, moga Allah melembutkan hati Dr Wafa'/penanda kertas jawapan saya supaya bagi saya najah untuk madah takhaluf tahun ini!

Mula imtihan jam 9:30pg-12:30t/hr tapi serius! jam 11.30 pagi dewan peperiksaan dah kosong! saya tinggal sorang-sorang ditemani abla-abla/muraqib(pengawas) =.='.

Alhamdulillah, abla-abla seperti memahami. Jika selalu pasti bising 'Ya Malizi! sur'ah~ bla bla bla', namun tadi Allah bantu memberi saya kemudahan untuk menjawab tanpa diganggu dari sebarang pencemaran bunyi :P.

Entah, memang tak reti nak keluar dewan exam cecepat, walau dah siap tetap setia menunggu kalau boleh sampai waktu tamat, paling busuk pon setengah jam sebelum waktu tamat, itu lah saya selaku calon peperiksaan yang hebat! hahaa~ :P

Sebelum pulang ke rumah teringat pesan kawan-kawan yang minta tolong ambil gambar Jadual Imtihan di Kuliah. Dengan berbekalkan kamera cap ayam siap sedia untuk shoot gambar jadual tapi tertinjit-tinjit lah saya kerana kedudukan nya ditampal agak tinggi. Lalu seorang budak arab yang baik hati menghulurkan kerusi, syukraaaaaaaaan!.

Ini dia, Jadual Imtihan Fasa 2 Sessi 2011/2012 Tahun 4 Fakulti B.Arab + Syariah + Qanun.

 Jadual Imtihan Versi Kuliah


InsyaAllah, 06.05.12 saya akan menghadapi satu lagi imtihan takhaluf untuk madah Nusus Islami, moga Allah permudahkan, moga Allah bagi kelancaran kepada saya untuk menjawab, moga Allah melembutkan hati penanda kertas jawapan saya supaya memberi saya najah untuk madah ini.. ameen!

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْل 
Allahummaj'alna minal awwalin wal mumtazin wal faiezin wal mutafauwiqin fi kulli imtihan fid deen fid dunya wal akhirah~ ameen..

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami, berilah kemudahan & kelancaran kepada kami untuk menjawab semua soalan-soalan imtihan. Berkatilah ilmu yang kami pelajari agar bermanfaat untuk diri & juga dapat dokongsi kepada orang lain. Moga tahun ni beroleh kejayaan! Najah untuk ke semua madah yang kami ambil pd tahun ini~ kami mohon, bantu kami Ya Rabb.. Ameen Ya Arhamar Rohimeen..

 Doakan kejayaan saya & sahabat2 disini ye ^^ 

p/s: Rindu Malaysia =.='

NaNa =^.^=

Friday, 13 January 2012

Imtihan di musim Syita'

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Allah~ Allah~

Dua hari berturut-turut hujan menemani bumi Iskandariah. Hujan batu juga sesekali menyinggah. SubhanAllah~ Inilah waktu & tempat dimana doa kita dimakbulkan Allah. Jangan lepaskan peluang menadah tangan tanda kehambaan memohon apa sahaja daripada Allah!

Alhamdulillah, musim imtihan telah masuk minggu ke dua. Dua subjek telah selamat saya hadapi. 9 Jan 2012, subjek Adab Hadith & hari ini subjek Hadith Tahlili. Soalan-soalan yang diterima agak mencabar, namun sedaya upaya menjawab dengan jawapan yang terbaik, dan kini hanya berserah & bertawakkal kepada Allah. Masih berbaki 4 subjek lagi, insyaAllah moga Allah tetapkan semangat ini untuk terus berusaha!


Tidak semua orang merasa berada dalam dewan peperiksaan dengan ditemani kerusi & meja yang ta'ban seperti dalam gambar diatas. Alhamdulillah, belajar bersyukur dengan apa yang ada. Tak dinafikan ketika tahun 1, saya agak terperanjat bila mana saya terpaksa menghadapi peperiksaan hanya dikaki lima, ditambah lagi dengan musim sejuk, naik beku jari jemari untuk menulis. Bagi saya, itu pengalaman yang tidak semua orang rasa!

Alhamdulillah, tahun ini adalah pengajian yang terakhir di bumi Mesir. Rasa kelainannya, rasa seperti berada di pengajian tahun 1. Ada semangat yang membara! Moga semangat yang Allah kurniaakan ini berterusan sampai bila-bila supaya tidak pernah rasa jemu untuk terus belajar kerana-Nya.
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا ، وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ 
وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

p/s: Terlalu banyak yang ada berbanding tiada, tapi masih lagi meminta-minta. Belajarlah bersyukur dengan apa yang ada :)

NaNa(^_^)v

Monday, 26 December 2011

Imtihan Fasa 1 -2011/2012-

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥


Jadual Imtihan Tahun 4 Lughah 2011/2012
(Kuliah Dirasat Islamiah Wal ‘Arabiah Lil Banat Bil Iskandariah)

Isnin - 9/1: Adab Hadis
Khamis - 12/1: Hadith
Isnin - 16/1: Naqod Adabi
Khamis - 19/1: Qoah Bahas
Isnin - 23/1: Ilmu Dilalah
Khamis - 26/1: Usul Fiqh

Bittaufiq Wan Najah!!
Segalanya kerana Allah~ InnaAllaha Ma’ana :)
Doakan kejayaan saya dan sahabat2 ♥

~اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

NaNa(^_^)v

Wednesday, 18 May 2011

Salam Imtihan 'Fasa 2' 2010/2011

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Saya LIYANA BINTI HASAN, ingin meminta maaf kepada semua andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara & segala2nya sama ada sengaja mahupun tidak sengaja.

Mohon DOA dari kalian agar sy & sahabat2 yang akan menempuhi imtihan faslul thani 2010/2011 dipermudahkan utk menjawab & mendapat keputusan yang cemerlang.

Salam Imtihan untuk sahabat-sahabat seperjuangan yang bakal menduduki Imtihan tak lama lagi...
'
'
'
Khususan buat sahabat yang menuntut di Universiti Al-Azhar,Egypt..
Sahabat2 serumah, sekuliah, sekelas, senegeri, seuniversiti...
Sama ada syukbah bahasa arab, syariah islamiah & usuluddin tahun 1,2,3,& 4
Tidak kira dimana anda berasa.. Iskandariah,Kaherah,Mansurah,Tanta,Zaqziq,Dumyat,Damanhur & sewaktu dengannya...


Ya ALLAH, bantulah aku & sahabat2ku..
Tetapkan niat kami belajar hanya keranaMu ya ALLAH..
Ya ALLAH,
Berikanlah kami kefahaman yg tinggi dlm setiap madah yg kami pelajari,
kau luaskan pengetahuan kami, kau lapangkanlah dada kami, tenangkanlah hati kami, permudahkanlah kami menjawab soalan imtihan nanti... 
Dan jadikanlah kami dikalangan hamba2Mu yang cemerlang... 
Amiin ya rabbal 'alamin..

Jadual Imtihan Saya~~
'
'
'
12/06/2011 - Nusus Adabiah (Nas2/Syair)
30/06/2011 - Naqad Adabi (Kritikan Sastera)
10/07/2011 - Adab Muqaran (Perbandingan Sastera)

p/s: Saya nak jadi budak RAJIN!! Jom baca kitab~~~

NaNa(^_^)v

Wednesday, 5 January 2011

Nak mintak SORRY(╥_╥)

Assalamualaikum...

Tadaaaa~~~Entry ekspress 2 hari sebelum pekse!!
Sebelum itu, Nana nak mintak maaf kpd semua andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara & segala2nya sengaja mahupun tidak sengaja. Mohon DOA dari kalian agar sy & sahabat2 yang akan menempuhi imtihan faslul awwal 2010/2011 dipermudahkan utk menjawab & mendapat keputusan yang cemerlang. ツ Forgive & Forget ツ

Boleh teruskan bacaan anda...Hee~~
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'


"Sedang aku berduka SOLEHAHku tidak pasti"


Ya ALLAH, jadikanlah aku wanita SOLEHAH yang Taat dengan segala perintahMU(╥_╥)

Ya ALLAH, aku hambaMU yang berdosa memohon agar dipelihara segala pinjaman yang kau kurniakan kpdku(╥_╥)
Sungguh bertuah bila diri ini diuji...
Terima kasih Ya ALLAH,kerana aku pasti kau menguji kerana kau menyayangi...
Ya ALLAH, padamkanlah segala episod duka & segala khilafku yang dahulu...
Aku mahu terus lurus dijalanMU..
Aku mahu dekat denganMU selalu..(╥_╥)
Ya ALLAH, selayaknya aku diuji..(╥_╥)
Selayaknya musibah menimpa diriku kerana aku hamba yang sering lupa,leka & alpa..(╥_╥)
Ya ALLAH, aku tahu kau merindui suara hambaMU yang berdosa ini..(╥_╥)
Ya ALLAH, kau ampunkanlah segala dosaku & pilihlah aku diantara hambaMu yang menerima taufiq & hidayahMu...(╥_╥)
Ya ALLAH, aku kembali & biarkanlah aku terus setia meraih cintaMU Ya Ilahi..
CintaMU yang hakiki & kekal abadi...(╥_╥)

*************************************

Yang ini ditujukan untuk diri sendiri...

Masih menjadi 'RAHSIA ILAHI'
Hmm,Gambar yang ni akan diulas dikemudian hari...hehehe... Xpon, Korang faham2 lah sendiri..hehehe


*Gambar ikhsan dari Abg Google..hihihi

p/s: Hah?? 2 hari lagi nak exam bole update blog lagi?? Bole maen2 Fb lagi??
Amboit3,dah2..ni last la eh[bole caye ke ni?]

Kite jumpe dilain hari...Wish me all da best okeh!!

NaNa(^_^)v

Wednesday, 12 May 2010

~Salam Imtihan 09/10~ ImTiHaN DaTaNg LaGiiii


ImTiHaN Ooo ImTiHaN....

ImTiHaN dAtAnG LaGi...

Kepada sahabat2 (Universiti Al-Azhar) yang bakal menduduki peperiksaan fasa 2 09/10,

Khususan ila :

Ahli baiti Kak Linda & Kak Nina
Sahabat baek & gado2..Hee~~.... Husnul Hatimah, Yun, Zima, Zue & Kak Amie
Sahabat2 sekelas, 3 Lughah... Madam Husna, Auna, Mursyidah, Tina, Bah, Basyirah & Iman...
Sahabat2 sekuliah, Kuliah Syariah, Kuliah Usuluddin, Kuliah Bahasa Arab ( Alexandria)
Sahabat2 senegeri (JOHOR) serta sahabat2 dari negeri2 yang lain...Senang cite sume pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Uni Al-Azhar..
Sahabat2 akhawat & ihkwah dari serata furu' xkire dimana jua anda berada Kaherah, Mansurah, Tanta & sewaktu dengannya..

Saya "LIYANA HASAN" mengamil kesempatan di sini untuk meminta maaf andai ade kesilapan yang dilakukan sama ada sengaje mahupon tidaaak....korang maafkan la ye..:D

SELAMAT MENJAWAB...
Mudah2an kita sama2 diberi kemudahan untuk menjawab...Amiin..

اللهم اجعلنا من الأولين و الممتازين و الفائزين و المتفوقين فى الإمتان فصل الثانى فى هذه السنة و فى كل امتحان فى الدين فى الدنيا و الأخزة... امين يا رب العالمين


BitTaUfiQ wAn NaJaH...WaSsAdDaD WaLmAdDaD...


p/s : MaK PeSaN,DiE pOn PeSaN... "BeLaJaR rAjIn2 yE,
UsAha n DoA BaNyaK2,KaMi SeNtIaSa MeNdoAkaN, KeNa NaIk TaHuN 4 tAhUn Ni, BoLe BaLiK CePaT"....INSYAALLAH,i'LL tRy My BeSt.. Nana sayang Mak Bapak, family & Si Dia...


NaNa(^_^)v


Wednesday, 13 January 2010

jAdUaL ImtIHaN 3 LuGhAh BaNaT iSkAnDaRiAh 09/10



17/01/2010
تاريخ الأدب الأندلس

20/01/2010
قاعة بحث بلاغى

24/01/2010
نصوص العصر العباسى

27/01/2010
تاريخ الأدب العباسى

31/01/2010
اللهجات و القراءت
اللهم اجعلنا من الأولين و الممتازين و الفائزين و المتفوقين فى كل امتحان فى الدين فى الدنيا و الأخزة... امين

p/s: Huuu~~Mudah2an ALLAH permudahkan segalanya...

Ya ALLAH bantulah aku & sahabat2ku..
tetapkan niat kami belajar hanya keranaMu ya ALLAH..
Ya ALLAH,
Berikanlah kami kefahaman yg tinggi dlm setiap madah yg kami pelajari,
kau luaskan pengetahuan kami, kau lapangkanlah dada kami, tenangkanlah hati kami, permudahkanlah kami menjawab soalan imtihan nanti... Dan jadikanlah kami dikalangan hamba2Mu yang cemerlang... Amiin ya rabbal alamin..



NaNa(^_^)v

Monday, 28 December 2009

SaLaM ImTiHaN 09/10


اللهم ارزقنا فهم النبيين و حفظ المرسلين و الهام الملا كة المقربين
يا فتاخ يا عليم افتح قلوبنا فتوح العارفين...امين يا رب العالمين


SaLaM ImTiHaN WaT SaHaBaT2 YaNg BaKaL MeNgHaDaPi ImTiHaN FaSa 1 TaK LaMe LaGi...

KhUsUsAn WaT sAhAbAt2 YaNg MeNuNtUt Di UniVeRsiTi Al-AzHaR eGyPt... SaHaBaT2 SeRuMaH,SeKeLaS,SeKuLiaH,SeUniVeRsiTi...
SyUkBaH BaHaSa aRaB,SyAriAh iSLaMiAh,uSuLuDdiN... TaHuN 1,2,3,4...
TaK KiRa DiMaNa aNdA BeRaDa... IsKaNdArIaH,KaHeRaH,MaNsUrAH,TaNtA & SeWaKtU dEnGaNnYa...


MaAF zAhIr & BaTiN AnDaI AdA sILaP & SaLaH...
DoAkAn Ke'NAJAH'an BeRsAmA...

مواد للامتحان فصل الأول( ثالثة عربى) --> تاريخ الأدب الأندلس + تاريخ الأدب العباسى + نصوص العصر العباسى + اللهجات و القراءت + قاعة بحث بلاغى

p/s: Ya ALLAH, kami belajar ilmu agama ini keranaMu Ya ALLAH bukan semata2 untuk imtihan..Ya ALLAH berilah aku & sahabat2ku ketenangan dalam menghadapi imtihan kali ini...Kami mohon agar kau permudahkan kami menghafal Ya ALLAH... Dan permudahkanlah segala urusan kami... AHHUMMAJALNA MINAN NAJIHIN...amin...

NaNa(^_^)v


Monday, 19 October 2009

Back to skool...

Mari ke KULIAH....

Jadual dah dapat...
Kuliah fuul...everyday kecuali hari jumaat, tu pon sebab memang hari cuti....

Kuliah start kol 8pagi tok sessi pagi...huuuu...
kol 12 tengah hari tok sessi ptg...huuuu...


Ape lagi ceria2kan pagi anda dengan pergi ke kuliah...hehehe...



p/s: huu... tanam azam dan semangat baru... Mustajidah yg banyak madah...so kena la rajin ke kuliah....weee.....

NaNa(^_^)v

Wednesday, 29 April 2009

جدوال امتحان فصل الثانى لفرقة ثانية عربى

قاعة بحث اصول اللغة
25/05/2009-ISNIN

النحو
30/05/2009-SABTU

النصوص الإسلامى و الأموى
03/06/2009-RABU

البلاغة

06/06/209-SABTU

p/s: Doakan Nana & sahabat2 kat sini najah fil imtihan...InsyALLAH same2 dapat manfaatkan ilmu yang tak seberape ni...

NaNa(^_^)v


Thursday, 23 April 2009

SaLaM ImTiHaN...

Salam Imtihan


Buat Mak & Bapak yang sentiasa diingatan...Tak lupe Lia, Akim, Kak Liza, Kak Yus sefamily, Abg Man sefamily, Abg Amy dan seluruh ahli keluarga(ramai betol salasilah keluarge kalau nak tulis tak cukup nih)...
Doakan kejayaan Nana kat sini...cepat abes belajar cepat dapt jumpa kalian lagi...Insyaallah... Miss u all very much....


Buat sahabat2 seperjuangan, sahabat suka & duka Husnul, Zue, Zima, Yun, tak lupe Kak Nina & Kak Linda(selaku ahli bait), kawan2 sekuliah, kawam seIskandariah, kawan2 seperjuangan dimuhafazah Kaherah, Mansurah & sewaktu dengannya, jiran tetangga... Ex Ahli bait, Ex kawan sekuliah...
Juga sahabat2 di Malaysia mahupun di Mesir & seantero dunia...

Salam Imtihan...
Maafkan segala salah silap Nana... Mudah2an kita beroleh kejayaan bersama...Amiin...


Buat insan teristimewa dihati... Maafkan salah silap... Doakan la kite kat cni yer, Doakan kite ala tul, najah sufi, doakan kite2 la skali... Kite tak noty2 pon... Kite nak study btol2... Awk tunggu kite eh...hihihihi...

NaNa(^_^)v



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...