Saturday, 28 July 2012

Ihya' Ramadhan & #Muhasabah

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, hampir seminggu menjalani ibadah puasa.


Bersempena dengan Ramadhan yang mulia ini bermacam² aktiviti untuk menghidupkan Ramadhan atau dalam istilah bahasa arab "Ihya' Ramadhan" diadakan bagi pelajar² di Mesir yang tidak pulang bercuti ke Malaysia. Mungkin di tempat kalian juga begitu, kuliah agama, bacaan kitab, tadarus Al-Quran, solat tarawih dan sebagainya.

Memandangkan sekarang kuliah sedang bercuti, maka tiada alasan untuk kata tidak pergi! InsyaAllah. Berfikir kembali, ilmu yang tidak seberapa ini memang wajib untuk mengikuti kelas² di luar kuliah juga. Semakin belajar semakin jahil rasanya, sedar kembali banyak ilmu yang tidak tahu & banyak perkara yang tak ambil cakna. Allahu Rabbi!

Baru selesai membaca entry terbaru Dr Cinta, "Menjadi Ustazah". Sangat setuju dengan entry itu. Buat diri sendiri yang bakal bergelar 'Ustazah' InsyaAllah, gelaran itu membuatkan saya merasa tidak layak untuk menerimanya. Ilmu didada tidak seberapa tapi gelaran itu bakal membuatkan seolah-olah 'Ustazah' itu paling sempurna. Itulah pemikiran manusia yang menyangka 'Ustazah' itu manusia luar biasa tapi hakikatnya sama seperti mereka. 'Ustazah' juga adalah hamba Allah yang punya kekurangan & kelemahan.

Bila berada di tahun akhir, mula la terima soalan bertubi². Selain soalan bila nak kawen, lebih ramai yang bertanya balik Malaysia nanti nak jadi apa? kerja apa? bla bla bla... Biasa jawab macam ni je, "InsyaAllah, rezeki dari Allah, terima je apa yang rasa sesuai nanti." Heh! jawapan nak melepaskan diri je tu.

Kadang² merasa, entah apa yang bakal aku sampaikan kepada masyarakat di tanah air nanti? Mampukah aku untuk berkongsi ilmu yang tidak seberapa ini? Risau.

Tapi, fikir kembali. Allah ada membantu & sentiasa bersama. Emak Bapak & keluarga sentiasa menyokong. Emak pernah pesan, "Awak balik nanti, awak yang jadi contoh bukan awak yang ikut rentak mereka² kat Malaysia ni."  Setiap kali nak imtihan Emak pasti tak lupa pesan, "Awak niat belajar & insyaAllah nanti pulang mengajar pula ilmu yang awak dapat kat sana, semua kerana Allah" Allahu Rabbi.

InsyaAllah, moga Allah permudahkan segala niat yang ada di dalam hati ini, Ameen Ya Rabb :)

Qalbi, hanya Tuhan yang tahu.....

p/s: Debaran menanti natijah. Ya Allah, najahakanlah aku & sahabat²ku, jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa redha dengan ketentuanMu, ameen Ya Rabb :)

NaNa=^.^=
Comments
0 Comments

0 budak baik sudi komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...