...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Alhamdulillah, hari pertama Ramadhan di perantauan tapi bukan pertama kali berpuasa di kejauhan. Sedia maklum Mesir berpuasa cepat sehari berbanding Malaysia, tapi kompem Malaysia raye dulu :P
Sempat menghubungi keluarga di Malaysia untuk mengucap salam ramadhan pada mereka. Gembira dengar suara Mak yang sangat ceria! Alhamdulillah, adik beradik yang lain pulang ke kampung untuk menyambut ramadhan bersama, patut Mak hepi semacam je, hehee! Rindu.
Macam-macam tazkirah Ramadhan dari Mak, ini antara yang terlekat :)
InsyaAllah, saya akan kurangkan aktiviti di Alam Maya terutamanya di facebook. Maka ber'puasa'lah facebook saya selama sebulan mungkin lebih. Saya tak akan deativatekan acc facebook saya kerana mungkin akan datang menjengah untuk mengetahui update2 tertentu sahaja. InsyaAllah, manakala di ruang blog, twitter, instagram, tumblr saya akan update bila punya masa. Ada sebab dan musabab megambil langkah sedemikian :)
Bersempena juga dengan ramadhan yang mulia ini saya mengambil peluang untuk memohon maaf segala salah & silap dari semua, minta maaf bukan hari raya je.
p/s: Ramadhan kali ini, moga Allah kuatkan diri & hati ini & permudahkan jalannya :)

1. Kehidupan ni yang penting sabar & banyakkan berdoa kepada Allah.Sebelum tamatkan perbualan sempat ajar Mak ayat yang pemes bila tiba waktu bulan Ramadhan. "Ramadhan Kareem(Ramadhan yang mulia) Mak, mak kena balas, Allahu Akram(Allah Maha Mulia)". Puas Mak dok ulang nak hafal, hehee!
2. Tak perlu pandang silap orang lain tapi pandang diri sendiri dulu, awak tu macam la betul sangat. heh! Mak saya tak bakup anak2.
3. Hati kena sentiasa jaga, kalau rasa perkataan yang keluar dari mulut bakal menyakitkan, lebih baik awak diam & istighfar.
4. Andai awak tak mampu nak tegur kesilapan orang, cukup la berdoa agar Allah memperbetulkan dia, selemah-lemah iman.
5. Selalu bersangka baik dengan Allah & selalu rasa rendah diri jangan sombong, riak & berlagak.

NaNa=^.^=