...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Alhamdulillah, sibuk 2-3 hari. Hari ni ada masa terluang maka kite hapdetlah resipi! :D
Minggu lepas dok operasi kemas mengemas dapur. Rupanya ada lagi stock beras pulut dan memandangkan tekak ni dah lama teringin nak makan Kuih Seri Muka maka operasi la memasak Kuih Seri Muka.
Ok, resipinya simple je, kompem korang boleh buat! Saya pon 1st time buat, alhamdulillah menjadi :)

Kuih Seri Muka ( saya punya kuih takde la seri mana tapi sedap!)
Bahan-bahan Pulut :
2 Cawan beras pulut
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 sb garam
2 sb gula
Beras pulut yang telah dikukus & di tekan² supaya mampat
Cara-cara:
1. Rendam pulut lebih kurang 1 jam. Kemudian basuh & letakkan didalam loyang bersama santan+air+garam+gula. Kukus selama 30min.
2. Setelah 30min, keluarkan loyang tadi dari tempat pengukus dan tekan² pulut yang telah dimasak sehingga mampat. Biarkan sejuk.
*Jangan lupa sebelum letak bahan² pulut, alas loyang dengan pelastik(seperti gambar dibawah) supaya kuih tak melekat² & mudah untuk dipotong.
Bahan² custard yang telah dimasak hingga likat dituang di atas loyang berisi beras pulut
Bahan-bahan Custard Topping:
1 cawan santan
4 biji telur
1/2 cawan tepung
1/2 cawan tepung castard/jagung
1 cawan gula(saya letak 1/2 cawan je)
2 cawan air pandan (saya ganti 2 cawan air+pewarna hijau+1 sk perasa pandan)
1sb minyak
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan² Custard Topping dan mix atau blender. Kemudian masak sebentar.
2. Apabila Custard Topping telah masak atau likat boleh tuangkan keatas loyang yang berisi pulut yang telah dikukus sebantar tadi.
3. Kukus lebih kurang 30min-45min atau sehingga masak.
4. Biarkan sejuk dan boleh sejukkan didalam peti ais. Kemudian boleh dipotong² & siap sedia untuk dimakan!
Kredit resipi : CuisinesKuOnVid EP02- Kuih Seri Muka
NaNa=^.^=