...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Pejam celik, pejam celik, Alhamdulillah masih celik lagi. Sedar tak sedar, Alhamdulillah masih sedar lagi. Moga kita sentiasa dalam rahmat & redha Allah dalam setiap tarik & hembus nafas dimuka bumi.
Allah~ sekejap rasanya, bulan Rejab sudah kembali. Ini bermakna 2 bulan lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Sama-samalah kita banyakkan berdoa agar diberi peluang untuk berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini.
Ini antara doa yang lazimnya semua umat islam amalkan bila tiba bulan Rejab/Sya'ban :
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Pejam celik, pejam celik, Alhamdulillah masih celik lagi. Sedar tak sedar, Alhamdulillah masih sedar lagi. Moga kita sentiasa dalam rahmat & redha Allah dalam setiap tarik & hembus nafas dimuka bumi.
Allah~ sekejap rasanya, bulan Rejab sudah kembali. Ini bermakna 2 bulan lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Sama-samalah kita banyakkan berdoa agar diberi peluang untuk berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini.
Ini antara doa yang lazimnya semua umat islam amalkan bila tiba bulan Rejab/Sya'ban :
Antara peristiwa di bulan Rejab :
Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah. Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.
2. Israk dan Mikraj.
Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.
3. Peperangan Tabuk.
Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.
4. Pembebasan Baitul Maqdis.
Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.
5. Lahirnya Imam Syafie RH
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie.
Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.
Amalan Dibulan Rejab :
Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.
Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis, tadarus Al Quran dan lain-lain lagi. Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.
Sumber : http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=617&Itemid=1
InsyaAllah, moga setiap amalan kita bukanlah terikat semata-mata di bulan-bulan tertentu sahaja, moga istiqamah dengan setiap amalan. Walaupun sedikit tapi berterusan.p/s : Sekadar menggoogle, itulah kelemahan saya. Sering lupa dengan peristiwa-peristiwa penting dalam Islam. Allahummaghfirli Ya Allah! >.< InsyaAllah, sama-sama kita cuba tingkatkan & luangkan masa untuk mengkaji & menghayati tentang sirah/sejarah Islam.
NaNa=^.^=