Showing posts with label ReNuNg2kAn=). Show all posts
Showing posts with label ReNuNg2kAn=). Show all posts

Wednesday, 6 February 2013

#WinterBreak 2013

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

MedanSeleraMediterranean2013

Alhamdulillah, jangan dihalang jika jari ni mula rajin menaip entry sebab nanti bila menyepi maka sunyi tiada masa lah nak melayan papan kekunci.

Alhamdulillah, winter break tahun ini tiada agenda cuti² Mesir apatah lagi cuti² IstanbulAkuDatang berbanding tahun 2010, 2011 & 2012. Seronok melihat koleksi gambar² sahabat² yang baru pulang bercuti dari kota Sultan Muhammad al-Fateh. Allah! InsyaAllah saya mungkin menyusul juga jika diizinkanNya :)

Eh, tengok gambar kat atas tu, dapat jugak merasa main salji tiruan :P

'Ala kulli hal, winter break berjalan dengan baik. Walaupun namanya cuti tapi kelas(kelas luar) berjalan seperti biasa. Aktiviti persatuan juga berjalan  dengan bermacam² agendanya (walaupon saya bukanlah kaki persatuan tapi ikut juga beberapa program yang dianjurkan). 

Tiba² terasa hari semakin cepat berlalu pergi. Entah, macam² yang bermain didalam fikiran mungkin. Inilah dia bila mula mengejar masa. Bila ditunggu seksa!

Mesir, masih banyak yang belum ku terokai.

Ya, itu yang sedang saya rasakan. Bila mengenangkan ada masa yang pernah terbuang. Sayang. Tapi insyaAllah, beberapa bulan lagi disini moga Allah beri kesempatan untuk terus manfaatkan masa yang berbaki.

p/s: Indahnya dunia sementara yang selalu buat kita lupa & leka. Kehidupan akhirat jua selamanya.

NaNa=^.^=

Monday, 10 December 2012

Hijrah Nafsi

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah :) Hari ni rasa nak post entry lagi.

Entry semalam agak emo, hari ini kembali tenang. Biasalah, manusia mana yang sempurna. >.<

Alhamdulillah, syita'(musim sejuk) kembali bertamu di kota Iskandariah. Angin bertiup tidak sepoi² lagi. Musim sejuk atau panas segala yang datang dari-Nya, tapi manusia serba serbi tidak pernah puas, tahu merungut sahaja. Sejuuuuuknyeee! Panaaaasnyeee!  T__T Allahu Rabbi. Astaghfirullah.

Cute je katon² ni nak berhijrah :D

Terpanggil untuk menulis mengenai Hijrah Diri. Ok, paling menjadi perhatian sekarang tentulah selebriti, mungkin ada yang tak mengambil tahu tentang cerita retis ni. Ok takpe, sila la google Artis Yang Sudah Berhijrah. Eh! Bukan berhijrah dari Malaysia ke negara lain tapi berhijrah dari zaman kegelapan kembali mencari redha Tuhan! Dari yang seksi meksi kini sudah bertudung labuh lengkap bersarung kaki. Dari yang ranggi kini sudah berjubah ikut sunnah Nabi! MasyaAllah!

Golongan artis mampu berdakwah kini? SubhanAllah! Berdiri diatas pentas menyeru umat islam bangkit mengamalkan hidup dengan cara islam & sunnah Rasulullah. Allahu Rabbi! Siapa sangka kan.. Ini semua atas kehendakNya.

Dari pengamatan sendiri, saya lihat kebanyakan mereka yang baru hendak berjinak² mengenali Tuhan lebih bersikap bersungguh² dalam mengkaji Islam, sedangkan ada sebahagian pelajar dibidang agama hanya mengambil sikap sambil lewa & berpawatakan bukan seperti ahli deen. T__T

Ya Allah! jadikanlah aku, ahli keluarga ku & sahabat² ku golongan yang mempelajari agama & mengamalkannya dengan ikhlas semata hanya kerana-Mu, Ameen.
Betapa berharganya nilai HIDAYAH, sebab itu kita digalakkan agar mengamalkan doa ini :
‎”رَبَّنا لا تُزِغ قُلوبَنا بَعدَ إِذ هَدَيتَنا وَهَب لَنا مِن لَدُنكَ رَحمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ الوَهّابُ” 
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.(A-li'Imraan 3:8)

Benarlah bahawa Allah memberikan HIDAYAH kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. Dan jelaslah bahawa tiada layaknya kita manusia untuk menghukum manusia itu ahli syurga mahupon neraka hanya kerana kebaikan atau kejahatan yang kita nampak dia lakukan hari ini. Entah mungkin yang jahat sempat bertaubat sebelum dicabut nyawa, entah yang baik terjebak dengan maksiat diakhir nafasnya. Allahu Rabbi!

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. (Al-An'aam 6:125)
p/s: Ok, esok pekse!Tak sabar nak ke next level~ Weee~ Rabbuna yusahhil!

 NaNa=^.^=

Monday, 5 September 2011

Cintaku bukan cinta biasa ♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbil 'alamiin..
Sesungguhnya Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya keranaMu...


p/s : Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaanNYA... Bahagia mendamba cintaNYA :)

NaNa(^_^)v

Friday, 12 August 2011

Tetamu istimewa

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Kita merancang tetapi ALLAH adalah sebaik-baik perancang.


Tidak ada rezeki nampaknya untuk bertamu ke Rumah ALLAH,mungkin ada hikmah tersembunyi disebalik ujian ini...

“Sesungguhnya Allah mencatat kebaikan dan kejahatan, kemudian menerangkan tentangnya. Maka barangsiapa yang bercita-cita hendak mengerjakan kebaikan tetapi belum mengamalkannya, Allah mencatat bagi orang tersebut di sisi-Nya dengan kebaikan yang sempurna. Barangsiapa yang bercita-cita hendak mengerjakan kebaikan kemudian melakukannya, maka Allah akan menulis untuknya dengan sepuluh kebaikan sehingga 700 kali ganda dan dilipat gandakan sebanyak-banyaknya.Kemudian barangsiapa yang bercita-cita hendak melakukan kejahatan tetapi belum mengamalkannya, maka Allah akan mencatat untuknya kebaikan yang sempurna. Tetapi barangsiapa yang bercita-cita hendaklah melakukan kejahatan kemudian melakukannya, maka Allah akan mencatat untuknya satu kejahatan sahaja”. (Bukhari: 6491 dan Muslim: 131)

Tatkala diri yang lemah ditimpa musibah.. Dikurnia seorang teman menasihatkan♥

"Innalillahi wainna ilaihiroji'uun... Sabarlah wahai ukhti.. Satu hari Allah akan menjemputmu dengan keadaan yang tidak kamu sangka2.. betulkan niat kembali, berdoa ingin bertemuNya di sana.. sabarlah wahai ukhti, sabarmu punya pahala yang tidak terperi.. ada hikmah atas semua ni.. jgn jemu untuk beribadah di tempat bumi berpijak, agar kita akan rasa manisnya beribadah sewaktu di rumah Allah yang paling agung :) Hasbunallahu wani'mal wakeel.." Syukran :)

Lantas tersenyum, sungguh ALLAH mengetahui & sungguh ALLAH merancang yang terbaik untuk kita.. Sentiasa bersangka baik kepada ALLAH, Redha & Sabar menanti Hikmah :)

p/s: Debaran menanti natijah imtihan pula menjelma.. Rabbuna najihna Ya Rabb..

NaNa(^_^)v

Friday, 5 August 2011

Doa Selepas Solat Sunat Dhuha

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين

,اللّهُمّ اِنَّ الضُّحَى ضًحّاؤُك
,وَالبَهَاءَ بَهَاؤُك
,وَالجَمَالَ جَمَالُك
,وَالقُوةَ قُوتُك
,وَالقُدرَةَ قُدرَتًك
,وَالعِصمَةَ عِصمَتُك

,اللَّهُمّ اِن كَانَ رِزقِي فِي الَّسمَاءِ فَأنزِله
,وَاِن كَانَ فِي الاّرضِ فَأخرِجْه
,وَاِن كَانَ مُعَسّرَا فَيَسِّره
,واِن كَانَ حَرَامًا فَطَهِّره
,وَاِن كَانَ بَعِيدًافَقَرِّبه


بِحَق ضُحَاءِكَ وَبَهَاِءكَ وجَمَالِك وَقُوَّتِكَ وَقُدرَتِكَ واتِنِي مَا اَتَيتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِين

امين يارب العالمين
Maksudnya :

Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya...

“Ya Allah sesungguhnyanya
waktu dhuha itu waktu dhuhaMu,
kecantikan itu ialah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu
dan perlindungan itu perlindunganMu.”

“Ya Allah jika rezekiku ada di langit, turunkanlah
dan jika ada di bumi, keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah,
jika sedikit banyakkanlah,
jika haram sucikanlah,
Jika masih jauh dekatkanlah.

Berkat waktu dhuha, keagungan,
keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu,
limpahkanlah kepada kami
segala yang telah engkau limpahkan
kepada hamba-hambamu yang soleh”

Ameen Ya Rabbal 'Alamin...



p/s :5 Ramadhan 1432H, semakin berganjak.. semakin bertambah bilangan hari & kita bakal meninggalkan bulan yang mulia ini :'(

Selamat menjalani ibadah puasa serta meningkatkan amalan dengan lebih sempurna :)

NaNa(^_^)v

Tuesday, 5 July 2011

There is no one on this Earth.. More beautiful than a Muslim Women❤

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Love to share this video to all of you :)  Listen carefuly & you can feel it...


‎"There is no one on this Earth.. More beautiful than a Muslim Women"

O ALLAH! I am thankful to You for giving me this ni'mah of Iman and Islam ...
I know I am not a good women and not a good servant to You:'(
But I'll try to please You ok..


Ya Allah, please forgive me for the wrong I've done...
Ya Allah, give me another chance to prove that i can pass...
Please guide me and protect me along the straight path,
and i know that i can make it, one day i'll be in heaven with you...
Ameen Ya Rabbal 'Alamin...

I'am proud to be a Muslimah..
I'am proud to wear my HIJAB just because of ALLAH!!!

اللَّهُمَّ حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي
"O Allah, just as You have made my external features beautiful, make my character beautiful as well". 

p/s : Mat Luthfi kata kadang-kadang mesej yang nak disampaikan tu lebih berkesan dalam English.. hehe..:p
Click Judgmental!!

NaNa(^_^)v

Saturday, 2 July 2011

Berapa ramai suka BERSIH?

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Memandangkan semua sedang soronok bercerita mengenai BERSIH, tetiba datang idea nak buat entry pasal BERSIH jugak.

Oh! sebelum cerita lebih panjang, untuk makluman entry ni tiada kaitan dengan 8 TUNTUTAN BERSIH 2.0 ya :)

Nana tak hebat nak kupas isu itu sebab ramai yang lebih layak.
Jadi, mari kita kupas isu yang agak santai yang ada disekiling kita je.

Berapa ramai yang suka BERSIH?
Berapa ramai yang JIJIK dengan KOTOR?

Dan berapa ramai yang RINGAN TANGAN suka memBERSIHkan?
MemBERSIHkan sesuatu yang KOTOR!

Kucing ini tidak bersalah! :p

  • Suka pakai baju yang BERSIH,  tapi berapa ramai rajin BASUH baju?  
  • Suka makan ditempat BERSIH, tapi berapa ramai yang tahu menjaga keBERSIHan ditempat makan?  
  • Suka bilik tidur & rumah yang BERSIH, tapi berapa ramai yang rajin pegang penyapu?
  • Suka bilik air yang BERSIH, tapi berapa ramai yang rajin nak menyental 'toilet bowl' tu?  
  • Suka BERSIH,kemas & teratur. Tak suka bersepah, tapi berapa ramai yang rajin menyusun,mengatur & mengemas? 
  • Suka kata 'saya seorang yang pemBERSIH', tapi berapa ramai yang mengaku pemBERSIH & benar2 menjaga keBERSIHan? 
  • Suka kata 'Aku benci KOTOR', tapi berapa ramai yang tidak akan memberi ALASAN untuk memBERSIHkan  sesuatu yang 'KOTOR'?
  • Suka persekitaran yang BERSIH, tapi berapa ramai?? berapa ramai yang ambil berat untuk menjaga persekitaran supaya sentiasa nampak BERSIH?

Sungguh manusia suka akan BERSIH, suka nampak BERSIH, suka hidup dalam suasana yang BERSIH!

Tapi.... Sama-samalah kita fikir sendiri..

Adakah kita dikalangan orang yang hanya SUKA BERSIH sahaja atau kita dikalangan orang yang SUKA BERSIH & SUKA MENJAGA KEBERSIHAN??

Bukan ditujukan kepada sesiapa, Untuk diri sendiri & semua tak kira lelaki mahupun perempuan sama sahaja. Tuntutan BERSIH & Menjaga KEBERSIHAN harus bermula dari diri kita sendiri!

BERSIHkan diri, 
BERSIHkan minda, 
BERSIHkan HATI agar hidup lebih HARMONI :)

p/s : Semoga apa yang diperjuangkan sentiasa dalam RAHMAT & REDHA ALLAH...Ameen..

NaNa(^_^)v

Sunday, 22 May 2011

Takziah

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah...
Diberi kesempatan lagi untuk update..

Minggu yang agak sibuk dengan kelas tutorial..
Disamping sibuk dengan urusan dot dot dot..
Mudah2an urusan kami dipermudahkan...Amiin..
Terima Kasih kepada keluarga lebih2 lagi Cik Lucky Lia yang banyak membantu~~

Dikesempatan ini juga, Nana nak ucapkan...
Takziah buat Ahli keluarga mangsa & seluruh penghuni Rumah Anak Yatim Al-Taqwa di Hulu Langat dalam tragedi tanah runtuh baru2 ini..


Innalillahi wainna ilaihi rajiun...
Mudah2an mangsa2 yang terkorban ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh,Amiin

Mungkin bencana ini juga peringatan daripada ALLAH...
Sama2 lah kite beringat..
Bahawa dimana-mana & bila-bila masa saje kita akan dijemput kembali kepangkuan-NYA...

MATI itu PASTI!

p/s : Al-Fatihah

NaNa(^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...