Showing posts with label MoViE=). Show all posts
Showing posts with label MoViE=). Show all posts

Monday, 14 March 2011

Hikayat Merong Mahasuasa

Assalamualaikum...

Korang dah tengok Hikayat Merong Mahasuasa ??
Opss... Hikayat Merong Mahawangsa daaa~~

Disebabakan Abg Cik yang wat filem ni..
Semangat la nak g tengok..hee~~
Hari sabtu 12.03.2011 - selesai meraikan pengantin di Bagan Datoh..
Terus pulang ke KL & layan HMM wif cik Lucky lia & Induk...
Walopon dapat tiket free konsert Hore-Hore Pak Nil...
Tapi Merong menjadi pilihan hati...ceh!!


Bole tahan lah filem ni..
Tapi agak fenin2 lah bila tengok aksi2 penggal2 kepala..
Cocok2 perut lah...Ishk...(@_@)

Merong Mahawangsa...
Nama pahlawan dahulu kala...
Opkoslah kalau sejarah2 ni susah sket nak hengat kan...
Tapi...layaaaan  lah ngan filem ni...
Ade selit dialog yang lawak2 jugak...
So,xde lah boring sangat..
bole lah gelak2...:)

Banyak quote2 yang best2 jugak dalam HMM...

sampai masa tibanya waktu;
redup hati kaum berdua;
bila dua jasad bersatu;
hidup mati jadi bersama..
(Lang : Ibu Merong)

"Do anything, give everything. That's how you know you truly love someone" - Merong

" biarlah raja kami yang menjaga kami. Raja kami kelak pasti kembali!" - Embok
'
'
'
'
'
"The Memories Remain/ Sedetik lebih"
(ost HMM)

Korang g la tengok..
Best!!

p/s : Tingin nak makan Macaron lah!!
Macaron in order..Wee~~harap2 cepat la dapat...hee~~~

NaNa(^_^)v

Monday, 21 February 2011

Terima Kasih Cinta @ Istana Budaya

Assalamualaikum...

Korang sehat??
Kalau xsehat makan obat ye..
Memandangkan cuaca kat Malaysia skrg panasss..
Ade yang demam,batuk2..sume2 lah..
Ape2 pon ALHAMDULILLAH sebab kita bertuah tinggal dibumi yang aman damai lg permai ni..kan??kan??

Meh cni Nana nak story..
Kebetulan malam semalam Cik Lucky Lia dapat tiket free untuk menonton Teater Muzikal "Terima Kasih Cinta" kat Istana Budaya..
Last minit dimaklumkan..
So,kami berdua pon berdezuuuuup je lah ke Istana Budaya..


Walopon terlambat 15minit tp dapat jugak catch up jalan cerita..
Kalau korang pernah tengok filem 'CINTA'...
Mcm tu la jalan ceritanya cuma dipentaskan...
kan da jadi trend skrg..
movie jadi drama bersiri..
drama bersiri jadi movie
movie jadi teater muzikal..macam2 lah..

Ini kali ke dua Nana tengok Teater Muzikal..
1st time tengok teater thn lepas..
Tengok teater muzikal tp English version "SHOUT"
Ini pon kerana dapat tiket free...layaaaaan...

Ok2,berbalik pada teater muzikal 'Terima Kasih Cinta'
5 kisah cinta yang digabungkan diatas 1 pentas..

1-Haris(Tony Eusuff) seorang lelaki yang selalu memikirkan jalan terbaik untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah terbaik untuk keluarganya. Baginya keluarga adalah segalanya. Berjayakah Haris mencurahkan kebahagiaan yang diidam-idamkan isterinya, Airin(Norish Karman) dan anaknya?

**Sangat tacing scene diorg ni..
Isteri beralih cinta kpd org lain
kerana sikap suami yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja..
Anak jadi mangsa..huk3..
Lagi2 la terkesan bila diorg nyanyi lagu 'SEJATI'

Tinggal kenangan♫
Gagal segala impian♪
Tinggal bertanya♪
Erti sejati♫

Kenangan itu♫
Hanya mainan bagimu♪
Tinggal bertanya♪
Erti sejati♫
Yang telah engkau janjikan dulu♫

2-Rubiah(Safura) seorang wanita cekal yang mengorak langkah meneruskan pencarian cintanya, lalu bertemu dengan seseorang yang dianggapnya sebagai yang terbaik buat dirinya bagi mengubat kesepiannya. Namun terubatkah kesepian di hati Rubiah?

**Scene ni pon seronok..kelakar ada..sedih pon ada..
Kewujudan watak Cikgu Elyas (Latif Ibrahim) melakonkan watak lelaki nyanyuk..
Walopon nyanyuk tetap setia dengan cinta kepada arwah isterinya..
Tapi akhirnya,Cikgu Elyas lah yang mengubat kesepian Rubiah...Heee~~

Suara Latiff Ibrahim power bila mendengdangkan lagu PERMATA UNTUK ISTERI!!

3-Memiliki segalanya, tetapi bukan cinta. Itulah Azlan(Shajiry) seorang hartawan yang sering tertanya-tanya apakah cinta mesti menjadi pelengkap sebuah kehidupan. Kemewahan belum tentu dapat membeli cinta. Terjawabkah setiap persoalan Azlan dalam pencariannya melengkapkan sebuah kehidupan?

**Shajiry digandingkan dengan Faradhia..
Bole tahan bile part Shajiry nyanyi lagu 'Itu Kamu'
Back up singer diorg pon bole tahan..:)

4-Dian(Deja Moss) seorang wanita yang terperangkap dalam kemelut cinta. Namun tidak mudah baginya untuk menduakan kasih sayangnya kepada seorang adik, Dani(Anding) yang tidak pernah menghargai kasih yang dicurahkan. Terjeratkah Dian dalam perangkap pilihan, antara cinta dan pertalian darah?

**Kemelut cinta Dian tu sebab die bercinta dengan suami org..Kesian die..
Adik die Dani suke melukis tp Dian tak suka..
Then..tetibe Dani jatuh sakit, sakit buah pinggang..
So,Dian lah yang berkorban derma buah pinggang...
Sedih sangat bile die nyanyi lagu 'Berkorban Apa Saja'...

Berkorban apa saja♫
Harta atau pun nyawa♪
Itulah kasih mesra♪
Sejati dan mulia♫

Kepentingan sendiri♪
Tidak diingini♫
Bahagia kekasih♪
Saja yang diharapi♫

5-Arianna(Nadia Aqilah) seorang wanita jujur yang mengejar cintanya dengan harapan menggunung tinggi, Apakah yang dikejar Arianna hanyalah bayang hingga dia terlupa dengan apa yang ada di depan mata. Bertemukah Aryana pada lelaki jujur dan setia yang dicari-carinya selama ini?

**Scene diorg ok la...
Walopon watak Ariana agak gedik2 sket..hehehe
Ariana selalu ngadu kat Taufiq(Vince) pasal pakwe die..
Tapi pakwe Ariana hampeh just untuk suke2 je nak kat Ariana..
Dan sebenarnye, taufiq dari awal dah menaruh hati kat Ariana..
Lastly,Berjaya jugak Taufiq meluahkan..:)

Suara Nadia Aqilah pon best!

Sumber : http://melayukini.co.cc/muzikal-terima-kasih-cinta
Yang bertanda(**): Ulasan daripada wartawan tidak berbayar -NaNa-

Ok2..Layan la sket gambar kat Istana Budaya
v
v
v
v
v



Dapat amek picture time rehat je lah..
Dah action!!no kemera..


wartawan2 n penonton2 ngah tunggu pelakon2..
Tapi kami tak tunggu..:D


p/s: Macam teringin nak g konsert Maher Zain lah!!
Ade sesape sudi banje x??baek nye hati awk kalau banje sy..hehehe..:D

NaNa(^_^)v

Thursday, 11 November 2010

Malam2 g "ESTET"

Assalamualaikum..

Diharap kowang semua sihat belaka ye..
Haaa..Mcm gempak je kan title entry "malam2 g Estet"
Actually, mlm smlm sy g tengok movie "ESTET".. Cik Lucky Lia belanje..
Kami pergi berempat ngan Kak Ita & Induk..



Cite "ESTET" bole tahan..Best!!.. Xrugi la tengok...
Cerita komedi...so,gelak ketawa je dalam panggung...hihihi...
meh cni kite story sket...:D

Biasa la cite arahan Mamat Khalid...sudah tentu la lucu..
Walopon semua scene dari awal cite sampai akhir hanya dalam Estet je, tp Best!!..
Watak "Rosyam Noor" pon bole tahan...
xsangka 'Hero malaya' pon pon bole jd gila2 dalam "Estet"...hahaha..

Ada juga diselit2 aspek2 CGI...baru la maju kan...
Korang bole tengok masa kat padang bola...
Kebanyakan nye diowang tendang "bola CGI"[yang bila difikir2 xmasuk akal]
Tingat la part bola melantun2 atas kepala Sofi Jikan yg xjatuh2...
sampai die kayuh beskal pon bola nye xjatuh...
Kompem CGI & kompem gelak punye...:p

Lagi satu, cite ni lebih kepada cite "1 Malaysia"
korang rase cam tengok Drama tamil vs melayu...
Bila part nyanyi2 ade satu lagi ni..."ayuh kawan"
Farid Kamil nyanyi dlm bahasa India & Sashi nyanyi dlm bahasa Melayu...
Walopon bukan original suara diorang pon[mcm cite hindustan kan,miming je]

Sebelum terlupa...
Kowang pernah tengok cite Tamil or hindustan??
kompem ada sound effect yg power bile ada aksi2 tumbuk menumbuk kan..
haaa..."Estet" pon ade taw..gedebaak gedebuuk...:p

Ok, tu je laa nak cite...
Kalau nak tahu ape yang best, baek g tengok sendiri..
Kena ngan selera kowang...kompem best lah!!..Hehehe....

p/s: 8 hari je lagi nak terbang balik Egypt..
Nampaknye pas ni mendonlod je la drama & filem Melayu..

NaNa(^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...