Showing posts with label LoVe CaT=). Show all posts
Showing posts with label LoVe CaT=). Show all posts

Thursday, 22 November 2012

D.I.Y Cat Tree

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Tak mampu nak beli "Cat Tree" untuk kucing kesayangan anda? Mari saya kongsikan cara untuk membuat "Cat Tree" dengan kos yang tidak sampai berpuluh² ringgit, hanya menggunakan barang terpakai sahaja.. Malah mungkin hanya memerlukan tenaga kita sahaja untuk menyiapkan "Cat Tree" untuk si comel!

Barang² yang diperlukan:

1. Speaker box terbuang
2. Karpet yang dah tak guna ( kalau ada karpet yang lembut lebih sesuai)
3. Roller kertas yang tebal (mintak kat 'ammu kedai plastik)
4. Paku, penukul, gunting, tali dll

Cara:

1. Balutkan box dengan karpet, kemudian pakukan pada setiap penjuru dengan kemas.
2. Balutkan Roller dengan karpet juga kemudian pakukan dengan kemas.
3. Kemudian, boleh gayakan Cat Tree anda mengikut kreativiti masing²

 Maka terhasil lah Cat Tree untuk kitten~

Lilitkan tali pada keliling roller &boleh juga dijadikan alat untuk "Cat Scratcher".


Boleh juga buat bola daripada tali untuk menarik minat si comel anda untuk bermain!

Renyukkan kertas, kemudian bulat²kan & gam sekeliling kertas yang sudah dibulat²kan dengan tali. Done! :)

p/s: Huhuu! bulan depan kitten nak pergi dok ngan tuan² baru diorang dah.. will mish u babies! huhuuu~

 NaNa=^.^=

Tuesday, 12 July 2011

Save The Date : Tuah & Princess ♥

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Save The Date : Tuah & Princess 11 July 2011


Alhamdulillah...
"Princess" bersama tuannya telah selamat tiba di Alexandria tengah hari waktu Egypt hari ini selepas bermusafir dari Cairo.

Tuan "Princess" akan pulang bercuti ke Malaysia tak lama lagi, maka setelah berbincang & mendapat kata sepakat, Nana & housemate telah bersetuju untuk menjaga "Princess" dalam tempoh lebih kurang 4 bulan.
Oh! kompem selepas 4 bulan "Princess" tak nak ikut Tuan die balik Cairo..hihi..

Tuah & Princess <3

Excited! Bila Tuah dapat kawan gigirl..
Sekarang mereka masih dalam tempoh berkenal2an..
Tuah ikut kemana saja Princess pergi.. Tapi sekadar mengekor dari jauh..
Mungkin ini yang dinamakan MALU-MALU KUCING... meooww~~ :p

Tuah agak emosi, mungkin selama ni jarang sangat bersosial dengan kucing-kucing lain.
Mengikut kata tuan "Princess", mungkin dalam tempoh 2-3 hari mereka ok la tu.

InsyALLAH,kami jaga "Princess" baek2 & semampu yang boleh..
"Princess" good girl :)

Ok, mahu layan gambar-gambar Tuah & Princess lagi? klik sini :)

p/s : Bersiap sedia je la kemera nak rakam aksi 2 ekor somel ni.. Yeppi!!

NaNa(^_^)v

Saturday, 26 March 2011

Pagi yang sungguh berTUAH!!

Assalamualaikum...

ALHAMDULILLAH..Segala puji bagi ALLAH..
Diatas qudrat & iradatNYA bumi maseh lagi mampu bernafas..

ALHAMDULILLAH Ya ALLAH...
Begitulah juga tragedi kehilangan TuAh..
Dengan izinNYA...
TuAh selamat pulang ke rumah Cik Izz setelah hampir 2 hari menghilangkan diri...

Ya ALLAH...
Kau mendengar rintih suara hambaMU ini...
Hanya padaMU Ya ALLAH kuserahkan segalaNYA...

Mudah2an diri ini,keluarga yang disayangi,
sahabat2 tersayang, seluruh muslimin muslimat &
TuAh sentiasa dalam peliharaan & jagaanMu Ya ALLAH s.w.t..

**Kadang2 kita lupa... 
Kite ingat kite dah cukup mampu jage mereka2 yang kita sayang kan??
Sama2 saling mengingatkan...
Segalanya adalah diatas KUASA & KEHENDAKNYA..
Mohon lah apa sahaja hanya kepada DIA yang ESA..

Terima kaseh ya ALLAH...
Ujian demi ujian.. 
Hati & perasaanku memang layak diuji!!
Namun,sungguh aku merasakan bahawa kau terlalu menyayangi hambaMU yang lemah ini..

Terima kaseh tidak terhingga buat Izz & Najah..
InsyaALLAH..mudah2an ALLAH membalas jasa baek kalian yang sungguh mulia itu..:)

Terima Kaseh jg buat keluarga Nana & kawan2 yang tak putus2 mendoakan keselamatan TuAh..

Ishk..xtahu nak gambarkan macam mana gembiranya~~
Rase nak lompat2 je!!hehee~~

Ni dia gambar2 TuAh yang telah selamat pulang
'
'
'
Alahaaiii...si Budak BerTuAh..
Cian die..
Kelaparan~~
Kemana la TuAh jalan2 agaknye..:p
Cari awek ey??hehee~~
Xmo noti2 taw TuAh!!


p/s : Peliharalah hatiku yang lemah ini Ya ALLAH...

NaNa(^_^)v

Thursday, 28 October 2010

Saya Sayang Kucing

Assalamualaikum w.b.t

Diharap sesiapa jua yg terbaca,sengaja baca & sedang membaca entry kali ni berada dalam keadaan sehat & ceria2 hendaknye...
Yang mana ngah bersedih...hapuskanlah air matamu...

Sebenarnya Nana dalam mode xbesh sangat hari ni... Almaklumlah, kadang2 jiwa kacau sket.. But its ok,besa la tu kan, bak lagu P Ramlee ♪♪♪♪Sedangkan lidah lagi tergigit♫inikan pula??? sambung la sendiri..

***********************************

Ok lah.. xbest la nak cite pasal xbest ni.. Kita cite pasal yang best okeh... Sesuai dengan tajuk karangan kita hari ini "Saya Sayang Kucing" atau dalam bahasa omputeh "i love cat" atau juga dalam bahasa arab "أنا أحب القطط"



Format karangan kali ni BEBAS... Cikgu atau Cikgi tolong la bagi saya A+++...


SAYA SAYANG KUCING


Kucing adalah spesis mamalia yang boleh dikategorikan sebagai haiwan belaan yang jinak. Terdapat pelbagai jenis kucing tidak kiralah yang bulu lebat,bulu pendek & wujud dalam pelbagai warna.

Seperti yang kita sedia maklum Abu Hurairah(bapa kucing)adalah gelaran kepada Abd al-Rahman yang merupakan sahabat nabi Muhammad. Asal usul gelaran tersebut adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a. Melalui cerita tersebut, jelaslah bahawa Rasulullah juga menyayangi kucing.



Mungkin kerana semenjak kecil saya sudah dibiasakan dengan kucing, sehingga kini insyaallah sampai ke akhir hayat saya akan menyayangi haiwan tersebut. Kenapa saya suka kucing? Mungkin juga kerana sifatnya yang manja,comel & nakal. Kadang kala mereka seperti memahami & seolah-olah cuba memberitahu sesuatu kepada kita dengan bunyi 'meoow' sebagai cara untuk mereka berinteraksi. Tapi jangan pelik kerana ada juga sesetengah orang yang tidak suka dengan haiwan yang 'nakal' ini, dan alasan yang biasa didengar kerana takut kena cakar,gigit & geli. Jika dilihat sekarang,sudah menjadi 'trend' pada segelintir masyarakat kita tidak kira bangsa mahupon agama memilih kucing menjadi haiwan peliharaan dirumah.



Tidak hairanlah jika dilihat dimana-mana sahaja,kewujudan kucing pasti ada. Gelagat serta keletah kucing mampu membuatkan kita tersenyum ataupun boleh juga melahirkan rasa simpati terutama kepada kucing-kucing yang terbiar tanpa jagaan. Tidak hairan juga kerana wujud manusia yang berotak 'binatang' sanggup melakukan perbuatan kejam kepada haiwan 'comel'ini. Kucing bukanlah binatang yang buas tapi mungkin akan menjadi buas disebabkan sikap manusia sendiri yang 'buas' terhadap mereka.

Oleh yang demikian, sayangilah kucing kerana dia juga makhluk yang sama menumpang seperti kita di bumi bertuah ini.

***********************************

Kenapa saya menulis cerita pasal kucing?? Kerana saya sayang kucing.. saya juga rindukan TUAH saya di Egypt.. Risau dibuatnya bila dia mula meragam disana..hehehe

Sumber : Wikipedia

p/s: "HiTuNgLaH NiKmAt yAnG DiBeRiKaN oLeH ALLAH kPd KiTa, BuKaNnYa DiHiTuNg KeSuSaHaN yAnG meNiMpA"
Ya ALLAH,TiDaK TeRhiTuNg NiKmAtMu PaDa SeTiAp TaRiKaN & HeMbuSaN NaFaSkU Di DuNiA iNi...ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH,RaSa KaSiH & SaYaNg JuGa NiKmAT BuAt KiTa..
MuDah2An RaSa iTu tErUs TeRpELiHaRa UnTuK "KiTa",amiin..
SaYa ❤ DiA,DiA ❤ SaYa...

NaNa(^_^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...