...السلام عليكم ورحمة الله وبركات
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
♥بسم الله الرحمن الرحيم♥
Alhamdulillah, sedang belajar merasa cukup dengan apa yang ada, tapi kadang kala tertewas juga. Teringat satu cerita yang saya baca melalui status FaceBook Hilal Asyraf,
Satu hari guru saya pernah berkata: "Ada orang berkata bahawa syurga ini hanya untuk lelaki sahaja. Mengapa?"
Seorang pelajar menjawab: "Kerana habuan di dalam syurga adalah bidadari, dan tidak dinyatakan wujudnya bidadara." Satu kelas tertawa.
Guru saya tersenyum. Kemudian bertanya: "Benar. Itu tuduhan ramai. Jadi, di dalam kelas ini, siapa yang menyokong pendapat itu?" Kelas senyap.
Ya, memang langsung tidak dinyatakan akan kewujudan bidadara. Jadi, apakah benar syurga hanya untuk lelaki semata-mata? Islam agama yang biased terhadap jantina kah?
Guru saya kemudiannya menjawab: "Allah menyatakan bidadari kerana lelaki memang suka kepada perempuan. Tetapi untuk perempuan, bukankah Allah SWT menjanjikan permata-permata Yaqut dan Marjan di dalam Syurga? Kerana perempuan lebih sukakan barang kemas, perhiasan kecantikan, dari lelaki sebenarnya."
(boleh rujuk hal ini dalam Surah Ar-Rahman). Satu kelas terdiam.
Dan saya tersenyum melihat betapa bijaksananya guru saya.
--------------------------------------
Allah nyata tahu kesukaan hamba-hambaNya. ^^
Terbaca juga satu petikan kata-kata Ustaz Azhar Idrus,
Status Sham Kamikaze hari ini seakan-akan terkena batang hidung sendiri!
"Manusia - sentiasa merasa tidak puas dan tidak cukup.Memang fitrah permpuan suka sangat berbelanja, memandangkan dunia sekarang hanya dihujung jari tak perlu berjalan berjam-jam buat penat kaki,hanya klik di onlineshop sana sini!
Mukmin - sentiasa merasa cukup dan bersifat qana'ah dengan segala kurniaan Allah swt."
Mungkin ini salah satu kelemahan yang perlu saya kawal perlahan-lahan, Oh! mungkin perlu saya hapuskan serta merta. InsyaAllah, kesederhanaan itu sangat luarbiasa bila kita sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada :)
p/s: My tweeter :)
NaNa(^_^)v