Friday 24 May 2013

Ragam Imtihan 2012/2013 | Summer

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Alhamdulillah, ambil kesempatan sekejap untuk mencatat sesuatu ketika mana idea itu Allah kurniakan. Jam hampir ke angka 12 pagi tapi suasana diluar masih riuh rendah lagi, biasalah arab di musim 'Shaif' malam bak burung hantu.

Alhamdulillah, 2 imtihan takhaluf telah selamat dijalani. Nusus Islami dan Umawi & Nusus 'Abbasi.  Alhamdulillah, soalan agak mudah  tapi biasalah ada juga yang ingat-ingat lupa. BismillahiTawakkaltu Ala Allah. Allahu Akbar! Moga Allah lembutkan hati Doktorah Amani & Doktorah Iman Syama' untuk beri NAJAH kepada kami bagi madah ini, ameen ya Rabb.

InsyaAllah, 26/5/2013 hari Ahad akan bermula berjuang untuk madah tahun 4 yang masih berbaki. Bermula 26/5/2013 dengan madah Al-Quran, 30/5/2013 Sorof dan akhir sekali 16/6/2013 Balaghah.

Rabbi Yassir Wala Tu'assir.

AllahuRabbi!

Bukan sahaja berhadapan imtihan di dewan peperikasaan malah kami diuji dengan krisis 'BLACKOUT' di bumi Mesir ini. Entah tidak pasti apa masalah yang berlaku hingga kekerapan terputus bekalan elektrik tahun ini sangat serius boleh dikira hari-hari siang dan malam 2-3 jam!

'Ala kulli hal Alhamdulillah, sediakan stock lilin banyak-banyak! :D

AllahuRabbi!

Ragam Imtihan bila merasa MASA itu semakin berharga.
Berkurung didalam bilik pagi ke petang mengulang kaji tanpa menghirau apa-apa.
Kopi menjadi teman setia sebagai sumber tenaga menahan mata dari terpejam tertidur lena.
Entah ini dikira sudah bersedia atau 'Study Last Minute' dalam bahasa omputehnya??

AllahuRabbi!

Mungkin terkadang kita lupa. Lebih takut akan kertas soalan dan natijah yang bakal diterima. Astaghfirullah. Untuk diri sendiri & sahabat-sahabat sekalian tajdidkan niat kita selalu, belajar semata hanya kerna DIA. InsyaAllah moga beroleh barokah & berkekalan ilmu didada bukan diatas kertas jawapan imtihan semata.

AllahuRabbi!

Jagalah hubungan dengan yang Esa, Ibu Bapa, Pendidik & juga sahabat handai kita tapi bukan waktu Imtihan je, sepenuh masa sampai bila-bila, insyAllah.
Jadilah kita insan yang bertimbang rasa kepada rakan-rakan membantu sama-sama meringankan beban dikala musim Imtihan.
Jadilah kita orang selalu berlumba-lumba untuk memulakan bukan duduk diam mengharap ada orang yang akan buat atau siapkan.

Bak pesan Mak, selalu datangkan rasa belas kasihan pada kawan-kawan & orang lain.

InsyaAllah, ini pesanan buat diri sendiri terutamanya. Moga Allah redha.

p/s: 25/05 ulang tahun kelahiran Mak T_____T Dari jauh ku kirimkan doa. Rindu Mak.

NaNa=^.^=

Tuesday 7 May 2013

#PRU13 vs #Imtihan12/13

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 ♥بسم الله الرحمن الرحيم♥

Allah.. Allah.. dah sebulan rupenye blog ni tak berhapdet! Menggegel jari jemariku nak menaip..hahaa..

Alhamdulillah, kehangatan dan bahang PRU13 masih dirasai lagi. Tahniah & Takziah kepada yang menang tu, silalah jalankan tanggungjawab anda & tunaikanlah janji² dicapati kepada rakyat!

Ah! bosan sebenarnya dengan isu politik Malaysia yang entah apa² ni. Takmo sembang panjang. Tapi dalam bosan kena la jugak amek tahu kan.... Hmmm..

Ini harapan saya. InsyaAllah, ini juga harapan kalian. InsyaAllah harapan anak cucu kita!
Moga Malaysia dipimpim oleh pemimpin yang benar-benar mahu menjalankan undang-undang Islam,
Moga Malaysia dipimpim oleh pemimpin yang mahu mengajak rakyat lebih mencintai & menghayati Islam!
Ameeen Ya Rabb..
Moga terlaksana & tercapai impian kita. Hidup aman damai berlandaskan syariatNya. Teruskan berdoa demi masa depan anak cucu kita. Berjaya dunia & akhirat sana. Ya Rabb!

Ok, dalam fenomena PRU13, kami di Uni Al-Azhar, Mesir juga sedang menghadapi fenomena IMTIHAN 12/13! AllahuRabbi, pejam celik sekejap je dah nak imtihan. Mohon maaf teman² & mohon doakan kami mahasiswa/mahasiswi disini agar dipermudahkan untuk menjawab seluruh soalan, diberi kejayaan juga dapat memanfaatkan ilmu yang kami pelajari.
Ya Allah. Jadikanlah kami dikalangan hamba²mu yang beramal dengan ilmu. Berkatilah & redhailah setiap langkah kami. Berkatilah juga seluruh doktor/ah kami.
Allahumma Najihna Fi Kulli Imtihan Fid Deen Fid Dunya Wal Akhirah, Ameen Ya Rabb.
19.5.2013- Nusus Islami & Umawi
21.5.2013- Nusus Al-Abbasi

Doakan saya ye semua!

p/s: Tak sabar nak balik Malaysia. Rindu tahap max! Ya Rabb T__________T

NaNa=^.^=
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...