Sunday 31 October 2010

HaRaP eSoK BeRtAmBaH 'Best'

Assalamualaikum...

Korang rase ape hari ni??

Hari ni best!!Hujung minggu la katakan....
Pagi2 bapak da masak "ikan talapia masak lomak cili api", pas tu siap2 kami ber- ke umah nenek kat Jasin. Menjamu selera bersama nenek dgn lauk yg dibawa.

Petang kembali ke Muar & bapak offer nak belanja "satay", dengan malu2 sy jawab, "xkesah,boleh je"...

Malam, menerima kunjungann si kecil "Auni Shatira" bersama Papa & Mamanya.. Semakin bijak si kecil Auni!! Mak Nana da xlarat nak dukung lama2 laa..soweey..Auni da semangat...hehehe..

*******************************
Tapi kan...

Hmmmm, tetibe rasa x'best'...
Xsuke bile rase x'best'... Kenapa kena rasa x'best' ni??
Pergilah rasa2 yang x'best' ni, pergilah jauh2...

Bila da x'best', x'best' nak story...
Macam2 rasa,macam2 yang difikirkan & macam2 ada...
Mahap la bebanyak kalau korang rasa x'best' nak baca part yang ni...
Just nak contengkan ape yang ada dalam ❤..

Hanya mampu berdoa agar diberi kekuatan pada hati...
Didiklah hatimu 'Liyana',
Didiklah hatimu supaya sentiasa bersangka baik sesama manusia & lebih2 lagi bersangka baiklah kpd Tuhan yang Esa...
Didiklah hatimu agar menerima ujian dengan redha & berlapang dada...
Biarkan apa mereka kata, kerana ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buatmu..
Yakinlah bahawa ALLAH sebaik2 perancang..

Ya ALLAH, aku redha dengan segala ketentuanMu.
Ya ALLAH,kurniakanlah kekuatan hati kepada aku & insan yang aku sayangi,
peliharalah & kuatkanlah iman kami, kau bantulah kami & permudahkan segala urusan kami hambaMu yang lemah ini, ya arhamar rahimin3x..irhamna...amiin...

p/s: "Si Dia" pesan supaya sy & dia sama2 terus bersabar, "Si Dia" ingatkan apa yang terjadi krn ALLAH sygkan kita, ALLAH lebih tahu apa yang terbaik utk kita. ALHAMDULILLAH..Terima Kasih Ya ALLAH...
'Iqab nafsi,istigfarlah 'Liyana', agar hatimu sentiasa tenang memohon ampun dariNYA..
❤S.E.N.Y.U.M❤

NaNa(^_^)v

Saturday 30 October 2010

Al-Wiqoyah khairu Minal 'ilaaj

Assalamualaikum..

"HIDUP untuk MAKAN" Wah!!macam nak berkempen je startingnye...
Jangan diamalkan la 'Moto' tu ye.. Sungguh merbahaya. Kita fikirkan saudara2 kita di Palestine & saudara2 kita yang ditimpa musibah,mungkin mereka sedang menahan lapar & dahaga. Syukur ya Rabb,bertuahnye kita.

***********************************

Berbalik kepada tajuk kita hari ni ye tuan2,puan2,adik2,akak2 & abang2...
"Al-Wiqoyah khairu Minal 'ilaaj" yang sama dengan maksudnya "Mencegah lebih baik daripada merawat".


Nana rase sesuai tajuk ni dengan ape yang nana nak share ngan korang.
Today i want share something that i think its very important for our healthy. Da word is so simple "EAT"[cakap omputeh plak].Bestkan makan,sume orang makan,hari2 makan,dah kenyang pon kalau bole xnak berhenti makan. Ishk,zalim jugak kan manusia ni. Kesiam 'tummy',xde rehat keje nak proses makanan je.



Korang nak tahu??mesti korang tahu punyee, MAKAN pon boleh menjadi punca penyakit 'suka' dengan kita taw. Walopon kita xsuka,tapi cara kita buatkan si penyakit tu jatuh cinta dengan kita[Ni kes makan & makan & makan &....]. Mesti berkerut dahi korang & berkata sorang2, "OoH really??"
Saya bukan dokter & saya juga bukan pakar CINTA...hehehe...Percayaaaalah♫♪♪♪♪♫

Mungkin sebab kita lupa atau mungkin juga kita buat-buat lupa. Kadang2 kita dah tahu, tapi nak mengamalkannya alaahaaai macam susah sangat. Ditambah lagi cara kehidupan yang lebih mengikut "adat" berbanding "sunnah".

Nana ada terbaca satu artikel,mungkin korang juga boleh dirujuk disini

Ok, sekadar berkongsi & lebih2 lagi untuk mengingatkan diri sendiri jugak.
Kita nak ikut sape kalau bukan Rasulullah S.W.A sebaik2 "role model" kita.

Lets read & try to practice, Insyaallah.

JENIS MAKANAN

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita
makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal
inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara
lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,
keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda
telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg
lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz
Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah
sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga
makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut
diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit
perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH: KOKTEL

CARA MAKAN

JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI, SEBALIKNYA
MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. BARANG SIAPA
YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN
KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat
bercampur dengan makanan laut.
Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya…
cobalah… Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek…..
Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

***********************************

Ada orang kata, "Makan-makan selagi boleh makan...nanti kalau tuhan da tarik nikmat makan, terliur je kau masa tu"
Ada orang kata lagi, "Sori ye, saya xmakan malam. nak jaga badan takut gemok"
Macam2 versi cerita orang kan..

Kita nak dengar kata 'orang' ke atau kita nak ikut cara 'Rasulullah S.A.W'??
Tidak perlu menepuk dada kalau 'iman' kukuh didalamnya. Ingat ye LIYANA!!

p/s: Tuhan beri kita pelbagai nikmat sehingga tidak terhitung... Cuma manusia selalu alpa & leka menggunakan 'nikmat' yang ada. Biasakan diri kita dengan Syukur!!!
NaNa(^_^)v

Friday 29 October 2010

280kt2010- Sweet 17 to Lucky Lia

Assalamualaikum...

Special greeting to my big sista DALIA BT HASAN @ Lucky Lia...



Wish you a Yeppi Bufday everyday.. Hepi sweet 17 too...
♪♪♪♪♪HaPPy Besdaaaay to youuu♫ HaPPy Besdaaaay to youuu♫ HaPPy Besdaaaay to youuu♪♪♪♪♪♪



Taraaaa... kek alam maya untukmu ikhlas dariku...suke x??suke x??suke laaa eh...


************************************


Sempena bufday Cik Lucky Lia, Cik Nunu Bebeh try la adobe2 utk kad yang xseberapa ni. Sengaja guna picture yang nampak ala2 kampung sket... Supaya nampak ala2 gadis melayu gitu...

Aku mintak mahap bebanyak la sebab xdapek nak buek surprise utk ko tahun ni.. Disebabkan kegawatan ekonomi juga masalah2 idea yang tidak kunjung tiba...

Ape2 pon semoga ko berbahagia & bergumbira selaluuuuu...
Kurang2kan lah muncung dibibirmu itu...


************************************


p/s: Bulan depan bufday bapak... 21nov2010 & masa tu nana insyaallah telah selamat sampai di bumi anbia'...Pasti rindu mak,bapak,lia,mama papa auni & semua family...
NaNa(^_^)v

Thursday 28 October 2010

Saya Sayang Kucing

Assalamualaikum w.b.t

Diharap sesiapa jua yg terbaca,sengaja baca & sedang membaca entry kali ni berada dalam keadaan sehat & ceria2 hendaknye...
Yang mana ngah bersedih...hapuskanlah air matamu...

Sebenarnya Nana dalam mode xbesh sangat hari ni... Almaklumlah, kadang2 jiwa kacau sket.. But its ok,besa la tu kan, bak lagu P Ramlee ♪♪♪♪Sedangkan lidah lagi tergigit♫inikan pula??? sambung la sendiri..

***********************************

Ok lah.. xbest la nak cite pasal xbest ni.. Kita cite pasal yang best okeh... Sesuai dengan tajuk karangan kita hari ini "Saya Sayang Kucing" atau dalam bahasa omputeh "i love cat" atau juga dalam bahasa arab "أنا أحب القطط"



Format karangan kali ni BEBAS... Cikgu atau Cikgi tolong la bagi saya A+++...


SAYA SAYANG KUCING


Kucing adalah spesis mamalia yang boleh dikategorikan sebagai haiwan belaan yang jinak. Terdapat pelbagai jenis kucing tidak kiralah yang bulu lebat,bulu pendek & wujud dalam pelbagai warna.

Seperti yang kita sedia maklum Abu Hurairah(bapa kucing)adalah gelaran kepada Abd al-Rahman yang merupakan sahabat nabi Muhammad. Asal usul gelaran tersebut adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah S.A.W. dia ditanyai apa yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing yang ada dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah r.a. oleh Rasullullah S.A.W. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah r.a. Melalui cerita tersebut, jelaslah bahawa Rasulullah juga menyayangi kucing.



Mungkin kerana semenjak kecil saya sudah dibiasakan dengan kucing, sehingga kini insyaallah sampai ke akhir hayat saya akan menyayangi haiwan tersebut. Kenapa saya suka kucing? Mungkin juga kerana sifatnya yang manja,comel & nakal. Kadang kala mereka seperti memahami & seolah-olah cuba memberitahu sesuatu kepada kita dengan bunyi 'meoow' sebagai cara untuk mereka berinteraksi. Tapi jangan pelik kerana ada juga sesetengah orang yang tidak suka dengan haiwan yang 'nakal' ini, dan alasan yang biasa didengar kerana takut kena cakar,gigit & geli. Jika dilihat sekarang,sudah menjadi 'trend' pada segelintir masyarakat kita tidak kira bangsa mahupon agama memilih kucing menjadi haiwan peliharaan dirumah.



Tidak hairanlah jika dilihat dimana-mana sahaja,kewujudan kucing pasti ada. Gelagat serta keletah kucing mampu membuatkan kita tersenyum ataupun boleh juga melahirkan rasa simpati terutama kepada kucing-kucing yang terbiar tanpa jagaan. Tidak hairan juga kerana wujud manusia yang berotak 'binatang' sanggup melakukan perbuatan kejam kepada haiwan 'comel'ini. Kucing bukanlah binatang yang buas tapi mungkin akan menjadi buas disebabkan sikap manusia sendiri yang 'buas' terhadap mereka.

Oleh yang demikian, sayangilah kucing kerana dia juga makhluk yang sama menumpang seperti kita di bumi bertuah ini.

***********************************

Kenapa saya menulis cerita pasal kucing?? Kerana saya sayang kucing.. saya juga rindukan TUAH saya di Egypt.. Risau dibuatnya bila dia mula meragam disana..hehehe

Sumber : Wikipedia

p/s: "HiTuNgLaH NiKmAt yAnG DiBeRiKaN oLeH ALLAH kPd KiTa, BuKaNnYa DiHiTuNg KeSuSaHaN yAnG meNiMpA"
Ya ALLAH,TiDaK TeRhiTuNg NiKmAtMu PaDa SeTiAp TaRiKaN & HeMbuSaN NaFaSkU Di DuNiA iNi...ALHAMDULILLAH

ALHAMDULILLAH,RaSa KaSiH & SaYaNg JuGa NiKmAT BuAt KiTa..
MuDah2An RaSa iTu tErUs TeRpELiHaRa UnTuK "KiTa",amiin..
SaYa ❤ DiA,DiA ❤ SaYa...

NaNa(^_^)v

Wednesday 20 October 2010

20102010


Assalamualaikum...
Diharap sumenye berada dalam keadaan terkawal....
xkiralah fizikal mahupun mental....

Fuuh!! cuaca kat Malaysia seakan2 menyuruh segera pulang ke Mesir utk menikmati musim sejuk xlama lagi...
Dalam diam2 rasa rindu nak ke kuliah sudah mula dirasai!!

OoH tidak!! sudah mula juga membilang hari, tinggal hanya sebulan atau 30 hari yang berbaki untuk menghabiskan masa bersama keluarga, sanak saudara & kwn2 di Malaysia...Huhuhu...

Memandangkan hari ni macam best, jadi secara otomatiknye jari jemari sy ni pon macam best je nak menekan2 papan kekunci Dell inspiron ni..aceh!!

**************************************************

Ok lah...Rasanya belum terlambat lagi..

Nana nak ambil kesempatan disini untuk mengucapkan


kpd sahabat2 yang telah tamat pengajian & selesai mengikuti istiadat majlis
"Konvokesyen Graduan Malaysia Universiti Al-AZhar"
pada 101010, bersamaan 2 Zulkaedah 1431 yang lalu.

Khususnya buat Kak Linda[housemate], sahabat2 yang same batch '06 xkiralah dari negeri atau furu' mana pon...

"TAHNIAH buat anda semua yang telah berjaya"

Doakan giliran Nana & sahabat2 yang masih meneruskan perjuangan...

Untuk kalian yang telah tamat pengajian & telah atau akan pulang ke tanah air, Selamat menjalani kehidupan & berjuang di tanah air sendiri...

**************************************************

p/s : "Reunion Ekspress SMADU" 23 & 24okt 2010 kat Blue Lagoon,PD...
Wah,xsabar nak jumpe kawan2 lama... Yang penting status sy masih student lagi...heee~~~

NaNa(^_^)v

Friday 1 October 2010

Can u help me??

Huhuhu.... ade sape2 bole membantu sy??

Xtahulah kenape, mengapa & bagaimana...
Macam ni...problemo nye...
Bile Nana post entry walopon dah set font warna warni..
Tp bile preview, color kelabu plak yg kelihatan pd font2 yg telah dicat berwarna warni itu.. Bile di publish post pon same... Sungguh tidak best skali..:(

Kejadian ini bermula & disedari bila nana nak post entry sblm ni, kelabuuuu je font nye...[tngok post sblm ni,da penat godek sane sini...same jugak]

Ape yg berlaku??
Ke mane pergi color2 tuuu??huk3...

Same lah ape yg terjadi dengan entry ni....tulun3x...

Salah setting ke?? Salah siape??
almaklumlah,da sebulan x jengah blog ni... majuk ke....adooyaaii..huhuhu....

Sape terel tlg Nana eh....mekaseh...

NaNa(^_^)v


30 September 2010 = 21 Syawal 1431



30 September 2010 = 21 Syawal 1431

Masih mode raye lagi..
Selagi xcukup 30 syawal, xbenti la open house...
Masing2 seronok la nak menambah kilogram...errk....
Kalau org xwat open house pon,sergah2 terjah2 jugak...
Yang best skali....sy masih dapat duit raye lagi...hihihi...
ALhamdulillah..rezeki...:)

Alahai...taon ni xde kad raye utk dipost kat blog ni...huk3x..
Almaklumlah, laptop tetibe sakit 2 minggu sebelum puasa...masuk spital lah..
So, xdpt la nak adobe2 kad raye taon ni..
Rase cam nak wat kad raya puasa 6 je...:p

Bila dah raye...
xde masa lah nak menaip2 kat blog bersawang ni walopon laptop da kembali sihat & xbape kuat...
Just update status FB je disempat2kan...

Sekurang2nye xsampai lagi tahap last post sy "1 year ago"...hehehe...
Nampaknye sy masih prihatin dengan perkembangan & kekuncupan blog sy ni...heee~~

Ape2 pon raye taon ni best sangat...
Raya kat Malaysia la katekan...raya ngan family...
Taon depan siap sedia air mata je lah beraye diperantauan...huhuhu...

*******************************************

Nak tumpang beberape baris lah kat cni...
Nana nak ucapkan
Terima Kasih sangat2 kat sume2 yang sudi wish besday Nana
[25 september 2010 bersamaan 16 Syawal 1431]...

Mudah2an dengan bertambah usia, bertambah lah juga amalan sy...amiin....

Thanks to Lucky Lia dengan penghantaran pos laju yg tiba dengan cepat...
Putera Katak Hijau xperlu melompat...
duduk je dalam kotak da sampai dengan selamat.... suke sangat...:)

Thanks to Bapak belanja kami sekeluarga makan2 ...
Bukan dilihat pada nilai harga mahupon barang pemberian..
tapi cukup sekadar ingatan & doa kalian sudah cukup utk sy...:)


********************************************

P/S : Kuliah dah mula beroperasi...fasa 1, 2 madah menanti.... sy masih diMalaysia lagi...huhu...
Insyaallah susudah eidul adha sy akan terbang ke egypt semula...
Ya Rabb, mudah2an berbekalkan semangat ini kau permudahkan aku & sahabat2 dlm meneruskan perjuangan kami... ALLAHumma najihna fil imtihan,amiin..

NaNa(^_^)v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...